Thursday, April 26, 2012

Sabar Laa Wahai Hati~


Sabar Laa Wahai Hati~
bukan senang untuk membesarkan anak seorang diri tanpa suami disisi...walaupun aku tinggal bersama mak ayah...tp mereka dah tua n uzur untuk tolong bersama menjaga anak aku...sekadar main2 n pegang sekejap2 jee...aku pun xnak menyusahkan mak ayah yang xbape nak sihat...

Sabar Laa Wahai Hati~
aku memujuk hati mencari kekuatan diri yang kian tipis...penatnyee semakin terasa...bertimbun kerja di ofiis...dgn kursus lg...ulang alik ofis ngan tempat kursus...nasib baik dekat...n sebab dekat tue laa yang asyik kene masuk ofis...dekat xdekat penat gak laa nak berjalan kaki...

Sabar Laa Wahai Hati~
kenapa laa time nie sibuk Kementerian nak wat pertukaran staff2 lame yg berkhidmat...serentak di ofis aku pertukaran staff seramai 5 orang...nak closing kot...dgn aku nak kene memangku kerja pegawai yg bercuti sbb g Umrah...nak kene passdown knowledge pada 2org staff baru...

Sabar Laa Wahai Hati~
aku memujuk ati menguatkan diri yang sememangnye tersangat laa penat...pada org mungkin keje aku senang...'keje gomen'...kehidupan aku senang sbb tinggal dgn mak ayah...balik umah tinggal nak makan jee...itu yang mereka pikir...yang mereka xpikir.??

Sabar Laa Wahai Hati~
Setiap hari balik keje sampai rumah letak beg terus panjat naik tingkat dua amik si kecik dekat umah pengasuh...klu balik awal sikit, aku akan makan siap2...klu sampai lewat atau keje banyak kat ofis, letak jee beg terus keluar amik anak pulak...

Sabar Laa Wahai Hati~
anak ibu semakin membesar...semakin banyak ragamnye...semakin aktif bermain...Alhamdulillah~ n semakin kurang tidurnye...xdilayankan, akan menangis...dilayankan, ibu yang menangis kerana terlalu penat...gelak2 anak ibu bile tgk ibu menangis...Ya Allah, kuatkan laa hati, mental n fizikalku~

Sabar Laa Wahai Hati~
aku memujuk ati yang semakin seballll...jam dah pukul 12.05 pagi...tidur laa sayang...kesiankan laa ibu...jangan wat ibu macam nie...esok ibu nak keje lagi...qhaleef tgk sambil tergelak2...alahaiiiiii laa anak ibu sorang niee...apa laa yg die paham...

jam dah pukul 12.35 pagi...qhaleef dah tido...be gud yee sayang...muahhhhh~ n aku masih mencari kekuatan diri untuk hari2 yang mendatang...sabar yee wahai hati~

Monday, April 23, 2012

Cara mengetahui handphone anda Original atau Tidak

Kebanyakkan ramai yang xtau bagaimana untuk menentukan keoriginalan handphone mereka...begitu jugak dengan aku...cos aku skang tgh dok survey nak mencari hp...tue yg mencari info nie...takut laa kan, tipah tertipu n ditipu...info nie boleh di kongsikan bersama blogger yg lain...jom, try check.!!


Okay ikut langkah-langkah seperti di bawah nie :

  1. Taip *#06#
  2. Akan keluar IMEI ( International Mobile Equipment Identity)
  3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
  4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.

  • 02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
  • 08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
  • 01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
  • 00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
  • 13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

sudah pastikan hp anda di kategori yang mane 1... ;))

info by Busuk.org

Happy Hour ;)

Reunion time wedding kengkawan nie mmg meriah...cos time nie laa peluang nak jumpa kengkawan sume...termasuk dieorg nak jumpe aku~ ;D Hari sabtu baru nie wedding Marlini n Lazelin...kitaorang 1class kat Teknik Setapak...sebulan sebelum majlis, pakat2 dok msg kat FB n set time bile nak gerak...jumpe kat mane...g ngan sape...nak naik ngan sape...merepek macam2...itu keje aku laa kan... ;))

Gosip Puan Marlini
Alhamdulillahhhh~ selamat dah menjadi isteri orang yee Puan Marlini Kamaruzaman...macam xpercaya jee kawan aku yang sorang nie dah kawennn...ye laaa, anak tunggal mak kan...huhu~

okeh, nak citer sikit...majlis persandingan dibuat seminggu selepas pernikahan...majlis persandingan berlangsung di Bangunan Felcra, Setapak...

tema majlis merah n putih...like umno ;)...tp warna yg dipilih bg aku sgt menyerlahkan seri pengantin...makeup yg sgt gojesss...

pelamin n andaman sume di amik dari butik Kak Jue di Shah Alam...mak andam time wedding aku sebelum nie...hasilnye sgt memuaskan hati...






senyum mcm tue laa...baru nampak seri n manisnye...neway, u look so gojessss babe...x sia2 ko amik ngan Kak Jue~ ;))

alalalaaaa, cian anak ibu...ngantuk sgt yee...ibu tgh dok makan tau2 anak ibu dh tido...so suwetttt~ ;)

auntie ermaa...lameeenye xjumpe ema, maintain slimmm u...achu sungguh jeles laa...xpee, next time jumpe achu dah kembali slim balik...tunggguuuu~

 me n kembar...kakak mira pun nak interprem gak...siap tarik2 baju mak lang lagi...adehhhhh~




 erma n balqishh comeiiiii

xsempat nak bernual panjang dgn ema sbb rushing nak g next wedding lak...anyway, terubat rindu dihati... ;D

Gosip Puan Lazelin

Memandangkan dua majlis dalam 1hari, kitaorg terpaksa bekejar2 untuk attend kedua2 majlis tersebut...sampai xsempat pun nak bergambar dgn Puan Marlini...tp xpee laa, dah dapat doorgift die ok dah...x terasa ati sgt...huhuhu~

Majlis kedua lak di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota...mula2 langkah kaki masuk ke dewan terasa bagai berada di padang pasir...majlis perkahwinan yang bertemakan Arabian...lain dari yang lain n sgt menarik...

pasangan pengantin yang bagaikan Aladdin n Jasmine...sgt outstanding okehhh...di fahamkan sumenye adalah ilham bapa pengantin...n Merisik Gallery...boleh laa hire dieorg bg sape2 yg berminat~ ;)




adehhhhh~ sgt laa memalukan...kelam kabut punya pasal...dgn nak usung Qhaleef lagi...sampai kasut ibu terlupa nak bawa...terpaksa laa pakai jee selipar tue...xpenah dibuat laa haihhhhhh~


Uncle Aladdin salam Qhaleef laa~ ;))

melekat makeup lin kat tudung aku...

time nie tgh mengukur ketinggian pengantin yg sgt memusykilkan...mcm mane die boleh lg tinggi dr aku...heels 4 inch okehhh.!! 

pengantin yang sgt sempoiii n slamberrr jee...Lazelin, sape sekolah teknik setapak yang xkenal die...cikgu2 pun kenal...WANTED okeh...huhu~

"kepada kedua2 pasangan pengantin, achu ucapkan Selamat Pengantin Baru...semoga berbahagia hingga hujung nyawa...n selamat melayari bahtera rumah tangga..."

gud day, gud time, gud friend...Luv themmmm so much...
muahhhhhhhhhh3!!! ;))

Friday, April 20, 2012

Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata kosong


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)


"Barangsiapa yang beriman kepada Allahdan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RiwayatBukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepasdari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

"BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAKSALAH.YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI."

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'AllahWasalam~

Info by Pena Warisan

Tuesday, April 17, 2012

Fenomena VERSUS.!

  

1st time aku tgk  ulangan tayang realiti tv yang terbaru VERSUS di TV3...apa yang aku boleh katakan ialah superbbbb awesome...besttt gilerrrrrr n terbaikkkkkk..!!! rancangan VERSUS nie sebenarnya ditayangkan di TV9 pada setiap Jumaat 9.30 malam...aku pasti nie adalah salah satu cara Media Prima untuk menarik para penonton dlm channel tersebut...n di ulang tayang oleh TV3 pada hari Ahad n turut dipromosi di radio Hot.fm...pasti akan mengalahkan rating2 realiti tv yang dh sedia ada...cos melibatkan artis n band yang tgh naik skang...

Berikut ada profil mereka :-

HUJAN

Hujan terdiri daripada Mohammad Noh B. Salleh (Noh) - Vokalis, Hang Dimas Santoso (Dimas) - Keyboard, Izzat Uzani B. Abd Ghani (Izzat)- Bass, Azham Bin Ahmad (Acer) - Dram dan Hezry Hafidz (AG Coco) - Pemain Gitar Utama. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara anugerah yang pernah mereka menangi termasuklah Anugerah Industri Muzik 16 - Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada) dan Album Rock Terbaik – Hujan. 


6IXTH SENSE 


Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Adi Priyo Sambodo (Adi) - Vokalis, Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie) - Gitar Utama, Mohd Safuan Hasnan (Wan) - Dram, Mohd Fairuz Ramli (Ayoy) - Bass dan Shahrul Effendy (Athan) - Gitar. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama yang menggabungkan pemuzik Malaysia dan Indonesia. Antara anugerah yang pernah mereka raih termasuklah Anugerah Hits 1, Hits 1 Musim 7 – Lagu Paling Popular (Tanpa), Gah 1 Musim 8 – Lagu Paling Popular (Khatimah Cinta), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 – Penyanyi Duo/Kumpulan Popular.

SOFARZ

Kumpulan Sofazr terdiri daripada Ahmad Fairoz B. Mohamad (Fairuz) - Bass, Wan Shah Baharom B. Niktah (One) - Dram, Amir B. Mahiyiddin (Amiir) - Vokalis, Zarimi B. Zahari (Zimi) - Gitar Utama, Wan Shahbaharin B. Niktah (Shah) - Gitar dan Rodie Bin Jamun (Rodie) - Keyboard. Pada awalnya kumpulan Sofazr menggunakan nama Kumpulan Toys - The outstanding Youngster. Pada perasmian album keempat, kumpulan Sofaz menukarkan nama kumpulan kepada Sofazr. Pada Anugerah Planet Muzik 2007, mereka telah mendapat anugerah Most Popular Band.

BLACK & PARALLAX

Sebelum Versus, Black sudah bergabung dengan Meet Uncle Hussein melalui lagu Drama King pada tahun 2009. Antara pencapaian beliau termasuklah Juara Lagu 24, Best Vocal Award – Aku Cinta Sayang Kamu. Ahli kumpulan MUH terdiri daripada Nik Mustaza B. Nik Mustapha (Taja) – Gitar utama, Mohd Fatih B. Mohd Darwis (Gfat) - Bass, Azhar B. Abd Razak (Babab) – Gitar kedua, Reza Ramsey (Bajai) – Pemain Kibod, Mustafal Bakri B. Ismail (Bakri) – Pemain dram. Antara anugerah yang pernah dimenangi MUH ialah Anugerah Juara Lagu ke-23 kategori Pop/Rock dan lagu terbaik (LAGU UNTUKMU), Anugerah Industri Muzik ke16 - artis baru terbaik dan Kumpulan/Duo Popular di ABPBH 2008

GO GERILA

Ahli kumpulan ini terdiri daripada Muhammad Aizat B. Amdan (Aizat) - Keyboard, Muhammad Anas B. Amdan (Anas) - Gitar, Mohd Amirullah B. Jahari (Amir) - Vokal, Mohamad Firdaus B. Zulkefle (Pito) - Bass, Mohd. Ashroff B. Mohd Shariff (Ashroff) - Gitar dan Ruviyamin B. Ruslan (Ruvi) – Pemain Dram. Aizat mengklasifikasikan muziknya sebagai poprock dan alternative inspirasi brit. Antara anugerah yang pernah dirangkul oleh Aizat termasuklah Anugerah Industri Muzik 2009 - Best Vocal in a Song (Male) Award, 18th Discovery International Pop Music Festival in Varna, Bulgaria 2009 - Special Jury Award & 2nd runner up Best Song Category, Anugerah Juara Lagu 2009, Best Song - Pergi dan banyak lagi.

JURI

LOQUE

JENNIFER THOMPSON

HOS

AIDID MARCELLO & HUNNY MADU

VERSUS adalah sebuah realiti tv show yang menggabungkan band2 tempatan untuk bersaing menghasilkan sebuah produk yang lebih kreatif...dan hadiah yang menarik menanti pemenang...

minggu pertama mereka diberi tugasan bertemakan 'Hero Malaya' iaitu lagu lama perlu diolah dan diberikan nafas baru dengan menggunakan kreativiti masing2...n hasilnye memang gilerrr superrbbbb...

aku vote untuk band Go Gerila.!! 
giler awesome okeh... ;))


Lihat & nilaikan...
x sabar menanti next episod...

info by VERSUS - TV9

Monday, April 16, 2012

Mesin Jahit Jelita DDL8900 - Rezeki yang tidak terduga ;)

Alhamdulillah~ happynye rase n xsangka benda yang diimpi2kan datang bergolek2 kat kt...huhuhu~ rezeki tul laa...bayangkan dah lama aku dok survey mesin jahit...nak beli mesin jahit industri, mahal bebenor...nak cari yang portable lak, rase mcm rugi cos xtahan lasak...

Syukur sangat2...n thankss bebanyak kat Marlini cos offer mesin jahit nie kat kt walaupun mama ko dah offer kat kawan die...tapi ko teringat kat kt yang dok mencari2 mesin jahit, ko suh mama ko cancelkan dgn kawan die...sayang kat ko sangat2 mie...muahhhhhhh3~

hari jumaat petang marlini call cakap nak jual mesin jahit yang mama die xpenah gunakan lagi cos urgent perlukan duit...bayangkan harga die offer lg murah dr mesin jahit portable...

Hari Sabtu pagi, mama die call aku tanya umah kat mane cos nak hantar mesin jahit...excitednye haku laa kan...pucuk dicita, jantung pisang yang mendatang...huhuhu~

dan ini laa mesin jahit tersebut...selamat berada dirumahku... ;))




Bile dah sampai umah, aku sgt laa teruja...memang baru n xpenah digunakan lagi...kain sample tester pun ada kat mesin tue...siap diberi gift lagi...antaranya :-

pembaris kayu panjang.
penbaris lurus plastik
pembaris bengkok
bekas peralatan
minyak mesin
jarum mesin
benang
dll

dan ini pulak details mesin jahit tersebut...harga market RM 1595 okehhhh!! aku beli xsampai pun RM1000...hahaha~ giler berlagak... ;))



syukurrrr2~ 1st step dah tertunai...kiter tunggu next step lak yee~ 
;))

Reunion Ex-TLM

Ahad semalam pagi2 aku dah bangun n masak...mcm bukan aku jee tue...huhu~ aku semangat memasak cos ada wat potLuck ngan akak2 Ex-TLM kat umah Kak Ida...wahhhh!! lame rasenye xjumpe mereka2 ini...last jumpe ramai2 mcm nie tahun bile yee...rasenye time tue kak ida baru lepas bersalin anak ke-2...skang jumpa balik, kak ida dah nak bersalin anak ke-4 dah...3 orang gugurl...Powerrr okehhhh!! ;))

Kak Lin, last jumpe 2minggu lepas kat Ayam Penyet Maju Junction...jadi laaa kak nam jap time tue...skang kak lin dah ada 2orang gurgurl...1st Yasmin, selepas 5 Tahun menanti...2nd Marissa Zara...so cuteeee~ *kak lin kene berguru ngan kak ida laa...kerana anda xcukup power...hahahaha~*

Kak Shida, maintainnnn~ dari mula kenal sampai skang tetap kak shida yg same...xmakan dek usia...huhu~ yg lain2 nampak sedikit tuo...ngehhhh2~ tp kali nie agak mengecewakan cos kak shida xwat kek coklat wajib die tue...kak, org xmakan puding caremel laa... ;(

perjumpaan kali nie xplan pun...saje aku sebuttt2 minggu lepas, tp xsangka lak menjadi...ye laa, asal plan jee mesti xjadi...dh bape kali plan, mesti xjadi...kak lin ade hal laa...jalan jem laa...macam2 hall laa mereka2 ini...so, pertemuan kali nie, kitaorg plan wat PotLuck...xde laa terasa beban kat mane2 pihak...destinasinye kat umah Kak ida...

Dan ini laa menunye :-

 Ayam Goreng Berlada Sodappp - Menu saya ;))

 Speghetti Daging Vs Mayoniss - Menu Kak Lin

koktail + Puding Caremel - Menu Kak Shida

  Kuih ape yee nie...yang nie Kak Ida tempah jee...



minuman utama

selain tue kak ida sambut besday anak ke-2 nye skali...tapi bergilir2 tiup lilin dengan yang lain...n abg sepul laa tukang melayan + menyalakan lilin...


 dan ini laa artis jemputan kita yee...perkenalkan Marissa Zara...so sexy matanya itu...i likeeee~

 Kak Lin n Kak Shida


Pic kenangan kita...dari 4 orang, berganda ke 10...n ini adalah jawapan kpd Kak Lin kenapa x ikut tema..."Kak, sume pengikutnye adalah gurgurl...pengikut org jee boboi, so kt kene seragam dgn pengikut kt kan...lepas nie usaha dapatkan boboi lak tau...leh geng ngan boboi org...huhuhu~"

next time, kt plan BBQ kat umah Kak Lin lak...make sure kak lin sila wat kolam renang yee...baru syiokkkkkk!!! ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...