Monday, May 14, 2012

Seksa Kahwin Jarak Jauh

Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang lebih memahami betapa peritnya Perkahwinan Jarak Jauh. Berikut adalah email pembaca kepada Harian Metro yang ingin nasibnya dipandang berat oleh badan2 tertentu...kita senasib~ tolong laa pihak2 tertentu amik berat tentang nasib dan kehidupan kami ini..kesiankan laa anak2 kami yang membesar tanpa kasih sayang ayah atau ibunya... ;((


Seksa kahwin jarak jauh

SAYA ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca mengenai masalah dihadapi pasangan akibat perkahwinan jarak jauh.Saya dan suami berkahwin pada awal 2009. Saya pekerja swasta di Seri Iskandar, Perak, manakala suami pula anggota polis yang bertugas di Cheras.

Selepas berkahwin, suami membuat permohonan untuk bertukar ke Perak. Selepas menanti sekian lama, tiada sebarang jawapan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai permohonan itu.

Pada awal tahun ini, suami sekali lagi membuat permohonan dan hingga kini, hampir lima bulan berlalu, masih tiada sebarang jawapan.

Saya berasa amat sedih kerana tidak dapat menikmati kehidupan berumah tangga seperti pasangan lain.

Sebaik saja berkahwin, saya ditinggalkan suami keseorangan dan kemudian ditinggal berdua dengan anak. Kini kami ada dua cahaya mata. Kami terpaksa berkorban dengan masing-masing menjaga seorang anak dengan yang sulung berusia dua tahun dua bulan dijaga suami di Cheras, manakala saya membesarkan anak kedua berusia lima bulan.

Cuba anda bayangkan, bagaimana perasaan ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anak yang dibesarkan sejak kecil? Rindu teramat rasanya. Tambah pula, apabila suami tidak dapat pulang berikutan terpaksa bertugas pada hujung minggu.

Masalah ini bukan saja membabitkan hubungan suami isteri dan hubungan dengan anak, malah banyak perkara termasuk dari segi kewangan yang banyak dihabiskan untuk perjalanan setiap kali pulang ke Perak.

Kami bukanlah orang senang dan tambahan pula suami menghidap gastrik.

Hidup kami tak ubah macam pasangan yang sudah bercerai kerana terpaksa membuat haluan masing-masing dan ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja kami yang seterusnya memberi kesan pada emosi anak-anak kelak.

Kami sering bertengkar apabila isu mengenai permohonan perpindahan ini dibangkitkan.

Saya melalui pengalaman dua kali bersalin tanpa suami di sisi. Saya gagahkan diri pergi sendiri ke hospital dan alhamdulillah, saya dan anak selamat.

Tolonglah, semua ini amat menyeksa jiwa saya.

Saat yang tidak saya lupakan apabila anak sulung menghidap demam panas sehingga kejang.

Saya bagaikan mahu gila dan panik kerana tidak tahu berbuat apa-apa tanpa suami di saat itu. Nasib baik, ada jiran yang membantu.

Persoalannya, sampai bila saya harus menunggu? Adakah tiga tahun lagi atau sehingga saya tidak mampu mempertahankan rumah tangga yang dibina ini dengan membawa haluan masing-masing? Atau bila saya sudah tidak ada di muka bumi ini, baru surat kelulusan ‘Tahniah! Suami Anda Berjaya Berpindah Ke Perak’ baru sampai kepada saya.

Saya memohon jasa pihak PDRM supaya pertimbangkan nasib saya dan pasangan yang lain agar kami dapat menikmati kehidupan aman damai macam pasangan yang lain.

Saya tidak tahu lagi bagaimana usaha yang perlu saya buat untuk membolehkan suami dipindahkan ke Perak bagi memberi peluang kepada kami untuk hidup seperti pasangan normal lain.

-SHAHIRA Seri Iskandar, Perak

19 comments:

  1. kisah hidupnye lebih kurang dgn kisah sy...membesarkan anak seorang diri...sakit pening pun terpaksa gagahkan diri...sampai bilakah.?? sob sob~ ;((

    ReplyDelete
  2. Salah sorang pasangan perlu beralah... Tukar tempat keje... Kesiankanlah pada anak-anak yang perlukan kasih sayang dari kedua-duanya... Sebab anak-anak tu masih kecil... Dia tak faham apa-apa... Cuma mengharapkan kasih sayang dari ibubapanya sahaja... Duit boleh dicari... Tapi kasih sayang tak boleh ditukarganti...

    ReplyDelete
  3. betul tue tp kt kene lihat dr sudut yang lain jugak...mmg betul duit blh dicari...tp krn kekurangan duit jugak boleh berlakunye pergaduhan dan akhirnya penceraian...sy jgk pnh terfikir utk berhenti keje n mecari peluang kerja di kedah...tp smpai skang peluang keje tue masih xada...adakah berbaloi utk sy berhenti keje.? dgn ekonomi kt skang pegi mane2 pun perlukan duit...hanya diri kt n pasangan jee yang tau ekonomi n kemampuan kewangan kami...apapun, terima kasih sbb memberi pendapat n nasihat anda~ :)

    ReplyDelete
  4. kannn...lain org, lain pulak dugaannye...hurmmm~

    ReplyDelete
  5. kesiannya.. =(.. moga Allah kuatkan akak.. dan moga2 jauh tu,bertambah2 lg sayang suami isteri ni ya Allah.~aminnn

    ReplyDelete
  6. ya Allah.. kesiaannya.. moga2 akak sabar dan kuat.
    moga2 juga jauh tu mekin bertambah2 sayang suami isteri..aminn~

    ReplyDelete
  7. Thanksss @Nazira Mhi...
    InsyaALLAH, moga2 yee...
    aminnnn~

    ReplyDelete
  8. masalah kita sama cuma saya masih belum ada cahaya mata..hampir 2 taun kami berkahwin dan dalam sebulan 1 atau 2 kali saya atau suami terpaksa habiskan wang dijalan raya untuk bejumpa..saya di penang suami di perak..bagi sesetengah org mungkin sorang perlu mengalah untuk tinggal bersama.. tp dalam situasi kami yg pendapatan hanya cukup untuk tampung kos sara hidup yang makin tinggi..disebabkan tekanan 2 jg saya dan suami masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata..tertekan dengan situasi mcm ni smpai kdg2 terpikir dalam hati untuk bercerai.. tp allah lebih berkuasa..jodoh ajal maut ketentuannya..hanya mampu berdoa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp...berdoa adalah jalan yang terbaik...bercerita pada mereka yg xpaham lg menyakitkan hati...kt kene berbalik n bermohon pd-Nya...bnyak2 bersabar yee...paham sgt perasaan awk... :(

      Delete
  9. sama lah kita.. sy baru merasainya..huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersabar n berusaha...lastly, berdoa banyak2...insyaAllah, penyeksaan itu akan berakhir...sy dh pun dpt tukar...syukur sgt2...

      Delete
  10. Saya juga mempunyai pengalaman yang agak sama iaitu berada di dalam institusi Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)..Pada tahun 2008 Saya bekerja di Terengganu dan suami di Perak..Perjalanan masa yang membezakan 8 jam di atas jalan jika ingin bertemu..Saya melalui dalam tempoh 2 Tahun 6 Bulan duduk Jauh dengan suami..Kemudian saya dapat bertukar ke Perak atas dasar suka sama suka tetapi tidaklah jugak dekat..Dari 8 jam, ia pendek sedikit iaitu hampir 2 jam..Dari sebulan sekali berjumpa, kini kurang dalam seminggu dalam 2 kali suami pulang ke rumah..Kalau difikirkan kos, memang banyak yang kita korbankan. Saya juga punya anak seorang. Ketika anak demam panas dan hampir kena Sawan, saya bertarung seorang diri membawanya ke Unit Kecemasan. Ketika itu suami tiada. Hanya Tuhan yang tahu betapa saya menggigil membawa kereta seorang diri ke hospital..Di saat anak tengah meraung menangis kesakitan, masatu dia baru umur 2 tahun..Mujur Tuhan ada melindungi kami..Sehingga kini sudah menjangkau 4 tahun, kami masih tidak duduk bersama seperti pasangan lain. Kadangkala saya cemburu, bila pulang ke rumah..saya lihat jiran-jiran bergembira sekeluarga berbual-bual di hadapan rumah.lengkap ada ibu, ayah dan anak.. Sedangkan saya hanya berdua dengan anak...Tak tahulah sampai bila..tapi itulah pilihan yang kita ada..oleh itu kawan-kawan yang senasib..kita harusnya bangga kerana semangat kita sebenarnya lebih tinggi dari mereka yang tinggal sekali, sifat berdikari kita lebih tinggi, ketabahan kita juga tinggi...Ini semua kerana atas keadaan dan desakan hidup kita yang PJJ tidak seperti mereka...Semoga Tuhan merahmati kita semua..Semoga satu masa nanti kita juga akan merasa kebahagiaan itu..- Intan Zaine

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tuhan merahmati n sentiasa bersama awak...Yes n agree...bukan mudah hidup seorg diri membesarkan anak...dalam keadaan kecemasan...bila bercerita xkan sama bila merasa...hanya yang melaluinya saja lbh memahami...be strong...sy mendoakan semoga doa n hajat awak dimakbulkan...dlm keadaan skang, sy yakin doa awak sejak 4tahun lepas masih lg doa yg sama...semoga doa itu dimakbulkan...aminnnn...

      Delete
  11. Saya pernah PJJ .tapi masa tu memang kecemasan. Saya dapati kalau " terpaksa" PJJ,takde masalah .mungkin duit tak cukup ke hape.sebab bila masa betul betul kecemasan,otak kita takkan sempat pun nak fikir sunyi ke happen.kita fokus kat kerja tu je untuk cari duit.tapimkalau saja saja nak pergi ber PJJ memang tak boleh kot .

    ReplyDelete
  12. Kalau saja saja nak PJJ element kecemasan tu dah takde.jadi kita akan mudah rasa rindu la, muak la, nak nangis la,nak balik la..macam macam la.saya cadangkan bagi yang PJJ and nak balik jumpa suami. Tulis je surat rayuan tukar bertan tan sampai orang yg jaga tukar tu dah mual dengan awak,pastu kalau tak jalan gak, hantar resume banyak banyak kat tempat kerja dekat suami, rasa kalau wat camtu dia akan rasa balik element kecemasan.suami pun bekerjasama jugak cari peluang peluang celah celah mana pun untuk hidup bersama.nak hidup bersama ni kene usaha sungguh sungguh. Guna la cabel ke..apa ke. Guna surat sokongan daripada kerabat di raja ke. Camne nak cari kerabat diraja tu.kene kreatif la..kalau dua dua nekad nak hidup bersama,mesti jadik. Insyaallah ada jalannya.

    ReplyDelete
  13. Same gak...juga melalui pengalaman PJJ...sejak dari kawen..smp la skrg..x penah dok skali..husband di KL...sedangkan saya di Perlis... Payah sgt nk mntk tukar ni..huhuhu..husband keje swasta, lg la susah die nk mntk tukar..harapkan pada saya jela dok mntk tukar..tp still x dpt.. kdg2 gaduh sbb benda yg remeh jea..sedih..

    ReplyDelete
  14. SAYA JUGA MENGALAMI NASIB YG SAMA..SY DAH BERKAHWIN 10 TAHUN..TAPI NIE FIRST TIME KENE DOK JAUH PJJ..DUGAAN YG SGT BERAT..SUAMI DI PAHANG..SY DI PERAK..TIAP MGGU BALIK PERAK ...KLW SEMPAT KLW TAK DUA MGGU SEKALI BARU BALIK..TAPI SIAN KAT ANAK JUGA LA..YG KECIL MANJA DGN AYAH NYA BARU BERUMUR 5 TAHUN...BILA AYAH NYA NAK BALIK MESTI DIA MERAGAM..LA NIE DAH 10 BULAN BERLALU SEMOGA SY CEPAT LA DPT BERTUKAR KESANA..TAK SANGGUP NAK DOK JAUH LAMA LAMA MCM NIE....TERSIKSA JIWA DAN RAGA....

    ReplyDelete
  15. in shaa Allah sy pn bakal melalui alam pjj..dlm 2 minggu lg sy akan berkahwin..sy keje di pahang,tunang keje di kelantan..xtahu la nti mcm mana nk tempuh semua tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...