Thursday, May 17, 2012

Terkejut Tengok Aishwarya Rai Yang Sekarang


Kalau dilihat kepada bentuk badan pelakon wanita Bollywood, Aishwarya Rai pastinya ramai yang begitu cemburu kerana fizikalnya yang kurus, seksi dan berkulit putih melambangkan seorang wanita yang terlalu cantik.

Aishwarya pernah dimahkotakan sebagai Ratu Dunia pada tahun 1994 kerana dirinya yang cantik hingga mampu menarik mata juri-juri dalam pertandingan itu.

Jadi, tidak mustahil untuk dia meraih kemenangannya.

Aishwarya sudah pun berkahwin dengan aktor lelaki, Abishek Bachchan yang juga anak kepada hero Bollywood Amitabh Bachchan.

Hasil perkahwinan mereka, Aishwarya dan Abishek telah dikurniakan anak pertama pada November 2011.

Bagaimanapun, dengan kelahiran anak pertamanya, Aishwarya tidak lagi mempertahankan ‘kecantikannya’.

Sekarang ini, gambar terbaru pelakon wanita itu yang mempunyai bentuk badan yang besar sudah pun tersebar meluas di ruang internet.

Ada juga dikalangan peminat-peminat Aishwarya terlalu kecewa dengan penampilan ‘baru’ pelakon itu.

Tetapi, Aishwarya menegaskan kepada media-media di India bahawa dia seboleh mungkin mahu menikmati perasaan menjaga anak sulungnya dengan gembira tanpa perlu memikirkan masalah berat badan.

Mungkin bentuk badan Aishwarya yang sekarang hanyalah sementara. Siapa tahukan esok atau lusa dia kembali ‘mengancam’?

Oleh: NAIMAH SHAARI
------------------------------------------------------------------------------
Spesis aku gak Aishwarya Rai nie upenye...ye laa kan, sebelum ada anak penat dh dok diet n jaga badan...time mengandung mane leh nak diet2 dah...so, lepas bersalin hamekkkkk laa kan...huhu~ nanti anak dh besar sikit leh diet balik...anak tgh kecik better bg tumpuan pada anak dulu yee x...baru namanya ibu mithali~ *statement untuk diri sendiri* :))

Wednesday, May 16, 2012

Simbolik Avatar "Solidarity With Palestinian Prisoner On Hunger Strike"


Sekarang nie di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar "Solidarity With Palestinian Prisoner On Hunger Strike" sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Dan tak kurang juga ada yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Dan ada jugak yang memperlekehkannya.

Sebelum ini, adakah anda mengambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu. It's called awareness!


Simbolik Penukaran Default Picture (DP)

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestine.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Mogok lapar terbesar dalam sejarah.

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP ini telah berjaya mencapai matlamatnya.

Apa hukum mogok lapar?


Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi umat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan umat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf Al Qaradhawi ada menjelaskan :


Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.

Berikut adalah antara koleksi DP Mogok Lapar Palestine 





















p/s : kalau semata-mata tukar DP tanpa berdoa pun tak guna jugak yee kawan2~ ;)

info by szlihin

AirAsia - Unavailable.!! ;(


AirAsia telah menawarkan tiket percutian FREE SEATS ke Brunei, Thailand, Singapore, Indonesia, Semarang, Danang, Hong Kong, Bangkok, Seoul, Hangzhou, Gold Coast, Phuket dan lain2 lagi serendah RM47 (all-in-fare)! Booking Period: 16 May – 20 May 2012Travel Period: 4 Jan – 22 May 2013...sgt menarikkk kan...so, tunggu ape lagi...jom beramai2 kt holiday.!! 
*itu semalam punya mode*

*hari nie punya mode* 
Frustttt teramat sgt...semalam beria pung pang, pung pang plan ngan family nak pilih tarikh mane...call sana sini...takut kang tarikh yg dipilih tue ada kenduri kendara sedara mara lak...ok, settle part tarikh...malam tadi nak booking...hamekkkkkk ko.!! FULL n UNAVAILABLE...untuk sume tarikh n destinasi...sobsob~ apa benarkah apa yg aku lihat itu....uwaaaaa~ semuanya sudah kembali kepada normal rate cos promo rate sudah habis...beriaa dok plan bagai....baru berangan nak Cuti-cuti Indonesia...so, jawabnye kene laa tukar slogan asal...Cuti-cuti Malaysia jee laa kita...

gembira laa en somi cos die mmg xagree pun nak bercuti luar dr Malaysia...klu boleh en somi nak bercuti ke tempat yang kt boleh drive sendiri...senang nak angkut barang ngan stroller skali...OK, skang ke mane percutian dalam Malaysia yang menarik yee...no idea laa...haihhhhhhh~ 
nak bercuti pun payah sgt...
o_O

Monday, May 14, 2012

Seksa Kahwin Jarak Jauh

Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang lebih memahami betapa peritnya Perkahwinan Jarak Jauh. Berikut adalah email pembaca kepada Harian Metro yang ingin nasibnya dipandang berat oleh badan2 tertentu...kita senasib~ tolong laa pihak2 tertentu amik berat tentang nasib dan kehidupan kami ini..kesiankan laa anak2 kami yang membesar tanpa kasih sayang ayah atau ibunya... ;((


Seksa kahwin jarak jauh

SAYA ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca mengenai masalah dihadapi pasangan akibat perkahwinan jarak jauh.Saya dan suami berkahwin pada awal 2009. Saya pekerja swasta di Seri Iskandar, Perak, manakala suami pula anggota polis yang bertugas di Cheras.

Selepas berkahwin, suami membuat permohonan untuk bertukar ke Perak. Selepas menanti sekian lama, tiada sebarang jawapan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai permohonan itu.

Pada awal tahun ini, suami sekali lagi membuat permohonan dan hingga kini, hampir lima bulan berlalu, masih tiada sebarang jawapan.

Saya berasa amat sedih kerana tidak dapat menikmati kehidupan berumah tangga seperti pasangan lain.

Sebaik saja berkahwin, saya ditinggalkan suami keseorangan dan kemudian ditinggal berdua dengan anak. Kini kami ada dua cahaya mata. Kami terpaksa berkorban dengan masing-masing menjaga seorang anak dengan yang sulung berusia dua tahun dua bulan dijaga suami di Cheras, manakala saya membesarkan anak kedua berusia lima bulan.

Cuba anda bayangkan, bagaimana perasaan ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anak yang dibesarkan sejak kecil? Rindu teramat rasanya. Tambah pula, apabila suami tidak dapat pulang berikutan terpaksa bertugas pada hujung minggu.

Masalah ini bukan saja membabitkan hubungan suami isteri dan hubungan dengan anak, malah banyak perkara termasuk dari segi kewangan yang banyak dihabiskan untuk perjalanan setiap kali pulang ke Perak.

Kami bukanlah orang senang dan tambahan pula suami menghidap gastrik.

Hidup kami tak ubah macam pasangan yang sudah bercerai kerana terpaksa membuat haluan masing-masing dan ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja kami yang seterusnya memberi kesan pada emosi anak-anak kelak.

Kami sering bertengkar apabila isu mengenai permohonan perpindahan ini dibangkitkan.

Saya melalui pengalaman dua kali bersalin tanpa suami di sisi. Saya gagahkan diri pergi sendiri ke hospital dan alhamdulillah, saya dan anak selamat.

Tolonglah, semua ini amat menyeksa jiwa saya.

Saat yang tidak saya lupakan apabila anak sulung menghidap demam panas sehingga kejang.

Saya bagaikan mahu gila dan panik kerana tidak tahu berbuat apa-apa tanpa suami di saat itu. Nasib baik, ada jiran yang membantu.

Persoalannya, sampai bila saya harus menunggu? Adakah tiga tahun lagi atau sehingga saya tidak mampu mempertahankan rumah tangga yang dibina ini dengan membawa haluan masing-masing? Atau bila saya sudah tidak ada di muka bumi ini, baru surat kelulusan ‘Tahniah! Suami Anda Berjaya Berpindah Ke Perak’ baru sampai kepada saya.

Saya memohon jasa pihak PDRM supaya pertimbangkan nasib saya dan pasangan yang lain agar kami dapat menikmati kehidupan aman damai macam pasangan yang lain.

Saya tidak tahu lagi bagaimana usaha yang perlu saya buat untuk membolehkan suami dipindahkan ke Perak bagi memberi peluang kepada kami untuk hidup seperti pasangan normal lain.

-SHAHIRA Seri Iskandar, Perak

Friday, May 11, 2012

My Program DiET kini Bermula :)

Sebelum start diet...segala penyumbang kepada penambahan lemak dibadan telah dinyahkan awal2 supaya program dietku tidak terganggu dek terliur melihat makanan2 itu didalam peti ais... ;) Semangat punye pasal nk diet, usaha aku mencari penimbang nie...cos selain die boleh timbang berat badan, boleh jugak menganggarkan jisim lemak, air, BMI, otot n tulang dalam badan...baguss kan..!!

Lagipun, xmahal mane pun...dalam RM70 lbh jee...mampu milik laa...so, bile dah ada penimbang nie aku akan sentiasa mencatat n wat jadual penurunan berat dgn lebih tepat...secara xlangsung aku dapat mengawal penurunan berat badanku...

wish me Luck.!! 
:)

Thursday, May 10, 2012

Ragam Qhaleef - 5 Bulan

Alhamdulillah~ 29 April 2012 ritu genap laa anak ibu 5 bulan...rase mcm kejap jee...mcm baru semalam lahirkan anak ibu nie...anyway, pada 30 April ritu ibu bawa Qhaleef g check up untuk usia 5 bulan n Qhaleef kene injection kali yang ke-3...alhamdulillah~ anak ibu dah menunjukkan ciri2 hero sejati...huhu~ cos xmenangis langsung n xdemam...syukur sgt2 sbb anak ibu kuat...berat Qhaleef skang ialah 6.7kg n panjang ialah 66cm...

cian yee kene cucuk~ ;))

bile usia anak ibu menjangkau 5bulan, dah mcm2 ragam yang ditunjuknye...antaranya ialah suka isap jari...mmg kebanyakkan baby suka isap jari tp Qhaleef nie lain sikit...time menyusu pun nk isap jari jugak...sudahnye puting sebelah, jari die sebelah...haisshhhhh~

botol susu pun dah ke mane...pastu nanti mengamuk...ayarkkkkk!!

anak ibu skang pandai isap ibu jari jee...klu sebelum nie sume jari dimasukkannye...

Ops!! huhu~ yang nie mmg jakuzi die n feveret die...bath tab dh xlayan cos xleh nk duduk n sandar...suke sgt main air...

part nie ibu paling suke cos anak ibu mmg suke sgt berjalan...xsusah nak bawa Qhaleef g mane2 dgn adanye car sit yang mak ngah kasi pinjam...

adoiiii!!! keje sape laa nie... ;))

anak ibu semakin aktif nak bermain...main je laa apa yg ade syg oiiii~

huhu~ anak2 zaman skang...dasyattttt!! salah satu cara nak bg Qhaleef diam...hehe~

Kusyuk melayan citer Tarzan...

urmmmm~ yang nie mmg tabiat tido anak ibu...suka tido meniarap n mengiring...klu tido mengiring, ibu xrisau sgt...mmg bagus...tp klu meniarap nie, xelok sebenarnye...xlena ibu tido tiap2 malam sbb nak betulkan posisi tido anak ibu...

Ok, setakat tue jee coretan ibu wat mase nie...akan ibu update bile kelapangan, untuk tatapan n kenangan dikemudian hari...ibu nak anak ibu tau, yang ibu terlalu sayangkan anak ibu...muahhhhhhhh~ ;))

10 Tanda Awal Kehamilan


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!


1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!


info by portal.alamhamil.com

Tips Persediaan Perkahwinan



Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan 

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

Wednesday, May 9, 2012

Thanksss Auntie Naz.. i Lap u sgT~ ;)

Thanksss Auntie Naz cos belikan baju untuk Qhaleef...ibu Qhaleef suke sgt2...4 pasang rompers yang sgt cute...tp yang xbestnye, ade kee patut auntie naz amik balik hadiah gurgurl yang auntie bg sebelum ibu bersalin lg...ye laa, hadiah tue leh simpan sampai ibu dapat baby gurgurl lak kan...huhuhu~

kesian anak ibu kene jadi model auntie naz nie...ibu tgh dok sibuk kat dapur wat air...ko keje kan anak aku yee ra...dipakaikan baju yang baru dibelinye...miang laa nanti...haihhhh~ layankan jee laa Qhaleef...

 ini laa baju2nye n termasuk baju yg anak ibu pakai tue...nice kan...i really luv it...

yang nie lg 1, dipaksanye anak ibu bace buku lak...haishhhhhh~ nak sgt nengok ko dah ada anak nanti ra...mcm mane laa ko dok godek2 anak ko nanti...huuuuu~

anyway, thanksss for coming n present...ko tau betapa aku rindukan ko n mase2 bujang kita....uwaaaaaa!!!
sedih OK.!!


p/s: 'ra' adalah nama manjanye yg aku panggil selama mengenalinya...singakatan dr namanya Nazira...huhu~ sweetkan...kengkawan lain kene panggil Naz...

Thursday, May 3, 2012

Saya Sangat Busy.!! :(


Okehhh, rasenye tajuk entry n pic nie cukup untuk menyatakan betapa bz nye aku wat mase skang....uwaaa~ tue laaa len kali jangan amik akaun klu asyik nak merungut...okehhh.!! aku bukan nak merungut...sekadar nak bgtau betapa bznye aku sampai xsempat nak update pape storie terbaru...haihhhhh~

banyak stories nie nak citer nie...pasal Qhaleef itu...Qhaleef ini...n yang paling utama ialah kejayaan aku menurunkan berat badan sebanyak 4kg dalam mase seminggu...xpercaya.?? aku sendiri pun xpercaya tgk penimbang berat tue...tp itu laa kenyataannye...huahuahua~ *gelak bangga giler* ;)) so, tunggu my entry pasal Diet k...daaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...