Sunday, April 8, 2012

Talam Ubi Bonda


Atas permintaan bonda tercinta...alhamdulillah~ 1st trial sgt menjadi...rase mcm beli kat kedai...huhu~ bak kate mak...'angkat laa bakul sendiri'...tp realitinye sgt memuaskan hati...mak pun bg 5 bintang...ngeeee~ ;))

resepi diambil dr akak ofis yg g kursus wat kuih...sgt simple berbanding resepi di internet n gerenti menjadi...cube laa~

Bahan-bahan
Bahagian Lapisan Bawah
· 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg ubi kayu )
· 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air )
· 1 cawan gula pasir
· 2 cawan air

Bahagian Lapisan Atas 
· 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
· 1 sudu kecil garam
· 1 1/2 cawan tepung gandum


Cara-cara
1. Panaskan pengukus
2. Air, air gula merah dan gula dimasak hingga mendidih
3. Gaulkan dengan ubi kayu hingga rata dan kukus lebih kurang 20 - 30 minit
4. Campur kesemua bahan bahagian lapisan atas, kacau dan tapiskan
5. Apabila bahagian bawah dah masak cakar dengan garpu dan tuang bahagian atas perlahan-lahan. Kukus 20 minit lagi
6. Tunggu sejuk dahulu baru potong

*nota kaki : Bahagian atas xperlu dipanaskan atas api, klu xpandai ia akan berketul-ketul. Manakala utk bahagian bawah klu nak lebih gelap warnanya, boleh tambahkan dgn sedikit pewarna coklat gelap.

Sekian, selamat mencuba.! :)

2 comments:

  1. patutlah sehari suntuk memarut.. 2kg ubi tu hihi.. tgok cam sedap..

    ReplyDelete
  2. dah mak suh beli 2kg ubi tue...buat sume laa jawabnye...amacam..? dhrasekan semalam...sedap x.?? :))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...