Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi di Aceh : Orang Ramai Diminta Jauhi Pantai

Terkini: "Gempa sebesar itu berpotensi menimbulkan tsunami yang boleh membinasakan di sepanjang garis pantai di Samudera Hindia. Namun, belum diketahui apakah saat ini terjadi tsunami atau tidak," demikian peringatan PTWC.

Peringatan tsunami dikeluarkan Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia setelah gempa 8,5 SR menggoncang Aceh, Rabu (11/4/2012) pukul 15.39 WIB.

Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura.

.....................................................


Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik.


PhotobucketSuasana di Banda Aceh
Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Kemaskini 1:Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10 am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai.
Kemaskini 2: Banda Aceh kembali dilanda gempa susulan beberapa minit yg lalu (sekitar 6.47 PM)



Keadaan sebuah jalan raya di Banda Aceh.



Keadaan selepas gegaran di Queensbay Mall, Pulau Pinang selepas gegaran pertama.
PhotobucketPenduduk meninggalkan sebuah bangunan di Phuket.
Photobucket

Photobucket
Photobucket
PhotobucketPenduduk Phuket bergerak meninggalkan bandar tersebut.
PhotobucketLangit Aceh selepas gegaran

Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan & keselamatan seluruh Ummat Islam di Sumatera, Acheh Indonesia dari segala mala petaka & bencana... Ya Allah, Lindungilah Saudara-saudara kami di seluruh dunia.. Allahumma Amin...


Info by Amazingnara

4 comments:

  1. Siyes,gerun sy dgn segala gempa,tsunami

    ReplyDelete
  2. kan...nasib baik amaran tsunami kat Malaysia nie dh ditarik balik...cume still kene berjaga2 jugak laa...

    ReplyDelete
  3. subhanallah.... Semoga kita semua dilindungi drp bencana dan juga musibah.

    ReplyDelete
  4. aminnnnnnnn~ Ya Rabbalalamin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...