Tuesday, April 17, 2012

Fenomena VERSUS.!

  

1st time aku tgk  ulangan tayang realiti tv yang terbaru VERSUS di TV3...apa yang aku boleh katakan ialah superbbbb awesome...besttt gilerrrrrr n terbaikkkkkk..!!! rancangan VERSUS nie sebenarnya ditayangkan di TV9 pada setiap Jumaat 9.30 malam...aku pasti nie adalah salah satu cara Media Prima untuk menarik para penonton dlm channel tersebut...n di ulang tayang oleh TV3 pada hari Ahad n turut dipromosi di radio Hot.fm...pasti akan mengalahkan rating2 realiti tv yang dh sedia ada...cos melibatkan artis n band yang tgh naik skang...

Berikut ada profil mereka :-

HUJAN

Hujan terdiri daripada Mohammad Noh B. Salleh (Noh) - Vokalis, Hang Dimas Santoso (Dimas) - Keyboard, Izzat Uzani B. Abd Ghani (Izzat)- Bass, Azham Bin Ahmad (Acer) - Dram dan Hezry Hafidz (AG Coco) - Pemain Gitar Utama. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara anugerah yang pernah mereka menangi termasuklah Anugerah Industri Muzik 16 - Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada) dan Album Rock Terbaik – Hujan. 


6IXTH SENSE 


Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Adi Priyo Sambodo (Adi) - Vokalis, Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie) - Gitar Utama, Mohd Safuan Hasnan (Wan) - Dram, Mohd Fairuz Ramli (Ayoy) - Bass dan Shahrul Effendy (Athan) - Gitar. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama yang menggabungkan pemuzik Malaysia dan Indonesia. Antara anugerah yang pernah mereka raih termasuklah Anugerah Hits 1, Hits 1 Musim 7 – Lagu Paling Popular (Tanpa), Gah 1 Musim 8 – Lagu Paling Popular (Khatimah Cinta), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 – Penyanyi Duo/Kumpulan Popular.

SOFARZ

Kumpulan Sofazr terdiri daripada Ahmad Fairoz B. Mohamad (Fairuz) - Bass, Wan Shah Baharom B. Niktah (One) - Dram, Amir B. Mahiyiddin (Amiir) - Vokalis, Zarimi B. Zahari (Zimi) - Gitar Utama, Wan Shahbaharin B. Niktah (Shah) - Gitar dan Rodie Bin Jamun (Rodie) - Keyboard. Pada awalnya kumpulan Sofazr menggunakan nama Kumpulan Toys - The outstanding Youngster. Pada perasmian album keempat, kumpulan Sofaz menukarkan nama kumpulan kepada Sofazr. Pada Anugerah Planet Muzik 2007, mereka telah mendapat anugerah Most Popular Band.

BLACK & PARALLAX

Sebelum Versus, Black sudah bergabung dengan Meet Uncle Hussein melalui lagu Drama King pada tahun 2009. Antara pencapaian beliau termasuklah Juara Lagu 24, Best Vocal Award – Aku Cinta Sayang Kamu. Ahli kumpulan MUH terdiri daripada Nik Mustaza B. Nik Mustapha (Taja) – Gitar utama, Mohd Fatih B. Mohd Darwis (Gfat) - Bass, Azhar B. Abd Razak (Babab) – Gitar kedua, Reza Ramsey (Bajai) – Pemain Kibod, Mustafal Bakri B. Ismail (Bakri) – Pemain dram. Antara anugerah yang pernah dimenangi MUH ialah Anugerah Juara Lagu ke-23 kategori Pop/Rock dan lagu terbaik (LAGU UNTUKMU), Anugerah Industri Muzik ke16 - artis baru terbaik dan Kumpulan/Duo Popular di ABPBH 2008

GO GERILA

Ahli kumpulan ini terdiri daripada Muhammad Aizat B. Amdan (Aizat) - Keyboard, Muhammad Anas B. Amdan (Anas) - Gitar, Mohd Amirullah B. Jahari (Amir) - Vokal, Mohamad Firdaus B. Zulkefle (Pito) - Bass, Mohd. Ashroff B. Mohd Shariff (Ashroff) - Gitar dan Ruviyamin B. Ruslan (Ruvi) – Pemain Dram. Aizat mengklasifikasikan muziknya sebagai poprock dan alternative inspirasi brit. Antara anugerah yang pernah dirangkul oleh Aizat termasuklah Anugerah Industri Muzik 2009 - Best Vocal in a Song (Male) Award, 18th Discovery International Pop Music Festival in Varna, Bulgaria 2009 - Special Jury Award & 2nd runner up Best Song Category, Anugerah Juara Lagu 2009, Best Song - Pergi dan banyak lagi.

JURI

LOQUE

JENNIFER THOMPSON

HOS

AIDID MARCELLO & HUNNY MADU

VERSUS adalah sebuah realiti tv show yang menggabungkan band2 tempatan untuk bersaing menghasilkan sebuah produk yang lebih kreatif...dan hadiah yang menarik menanti pemenang...

minggu pertama mereka diberi tugasan bertemakan 'Hero Malaya' iaitu lagu lama perlu diolah dan diberikan nafas baru dengan menggunakan kreativiti masing2...n hasilnye memang gilerrr superrbbbb...

aku vote untuk band Go Gerila.!! 
giler awesome okeh... ;))


Lihat & nilaikan...
x sabar menanti next episod...

info by VERSUS - TV9

6 comments:

  1. ya , versus the best !!
    l loikee 6ixth sense ..

    ReplyDelete
  2. 6ixth sense pun not bad...more to indonesian pop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. go gerilla?...opssss pembetulan!...go gorila lagi tepat sebab muka aizat tu pun dah macam gorila hahahahahaha!!!!!

      Delete
    2. erkkkkk.!! same kee...ciann dierrr...

      Delete
  3. But.. HUJAN! always the Malaysian BEST BAND!!! \m/ VS10HJN to 33399... peace yaw! Vm ^_^

    ReplyDelete
  4. bilee dh selalu follow VERSUS...sy suda bertukar angin lerrr...heeee~ vote for HUJAN jugekkkkk~ ;))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...