Monday, June 20, 2011

Belog sebelum di Update n di renOvate~

Banner di ilham bersama suami tercinta~



Check List persiapan perkahwinan...

sebenarnye aku malas nak create blog lain untuk buat persiapan perkahwinan cos aku tau tahap kerajinan aku diparas mane...kang gitu je laa belog tue...heeeee~ oleh itu, sebagai kenangan belog lama aku abadikan dalam bentuk gambar gini aje laa...adalah lebaih baik dr xde langsung~ :))

Tuesday, May 10, 2011

Sangat sakit hati.!!! *seballll*

xtau nak kelaskan pc nie dlm kategori yang mcm mane lagi...berbulan aku xdapat nak update blog nie hanya disebabkan oleh pc yang sepatutnye dicampakkan ke dalam longkang jee...haiyaaaa~ seball nye hati.!!

niat dihati hari nie nak update citer baru, letak banner baru, nak buat blog berwajah baru..tp berjam² aku dok upload gambar...tunggu punya tunggu, akhirnya failed...pastu internet restart balik...aku kene sign in balik n ape yang aku karang dekat 1 pages, HILANG.!!!! arrgggghhhhhhhh!!! 


sakitnye hati...dah xde mood nak blogging...


nasib baik laa pc nie hak kerajaan...klu x, aku dh campak pc nie dr tingkat 9 kebawah bangunan nie hah...*mcm laa berani kan* tp nak lepaskan tension gak...


 alahai laa pc, dlm zaman yang serba moden nie kenapa laa ko masih lagi wujud..hurmmmm~

sabar yee hati~ :((

 p/s : kepada kawan² blog, harap laa paham kesukaran sy...uwaaaaaa~

Monday, January 10, 2011

Persiapan persandingan : Berinai. Trend, Sunat.? Haram.?

Terdengar dari pelbagai sumber yang xpasti tentang hukum berinai/berhenna bagi pengantin wanita. Sejak terdengar macam2 hukum, aku jadi musykil...niat dihati nak mengendahkan hal2 begitu cos xpernah pakai...so, bila dah nak kawen nie rase nk sgt pakai...
Dalam hati rase mcm perkara kecik jee, tapi bila dipikirkan balik ianya melibatkan soal hukum...xberani pulak untuk ambil risiko...tersentap hati bila terdengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus tentang hukum berinai yang ditag oleh akak aku di FB...lepas tue baru laa terhegeh2 wat research...huhuuuu~



"berinai dijari, dibenarkan syarak pada hari perkahwinan"
"barang siapa tiru adat satu kaum (hindu), maka jadi laa dia seperti kaum itu juga. hukumnya haram."

Info Lain:
  • Hukum memakai inai bagi wanita
Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).
  • Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki
Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’. Namun, terdapat riwayat menyatakan :


Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)
  • Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.
Ada banyak pendapat. Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.

Wallahualam.


Bagi aku, kalau nak lakukan sesuatu n menimbulkan rasa ragu2 dihati...baik xpayah laa wat...memadai hanya memakai dihujung jari n sekadar mengikut adat istiadat...klu nk wat sgt, just wat laa sesimple yg boleh...bak kate makcik2 n kengkawan aku...

apapun, thanks kat akak aku yang tag video berkenaan...walaupun pd mulanya agak protes sikit...huhu~ apepun, en suami dah warning awal2...jgn nak berinai lebih2 yee...simple2 suda~
memandangkan aku dah pun booking org yang menginaikan aku, corak pun dah pilih awal2...so, hari yg nak berinai tue aku mintak tukar n die wat simple design hujung jari mengikut citarasa aku...
part kaki lak, aku xbape sure cos yang aku pasti klu ikut adat, kt berinai di jari n sepanjang keliling kaki bermula dr ibu jari kaki sehingga ke anak jari...aku just wat corak yang tidak keterlaluan sgt laa...
yang nie pulak, abg aku yang nak gak enterprem...hehe~ die tgh menambahkan warna inai supaya warna lebih cantik n terang...xmo gelap sgt n xmo pucat...cos inai senang nak cari skang n kebanyakkannye sume jenis serbuk...tp ade gak yg dh siap sedia untuk pakai terus...yang menjanjikan warna inai tersebut hanya bertahan untuk tempoh yg sekejap jee...klu terkena air n sabun, lagi laa cepat warna die akan pudar...klu inai segera nie xleh pakai lame2 cos jari akan jd merah kehitaman...if inai terlalu pekat, cuci n gosok sikit tangan dgn sabun supaya dpt warna yg diingini...n ini adalah proses untuk menopup balik inai tersebut...nasib baik xde corak2...klu x, xdapat lerrr~ ;)

dan ini laa hasilnya.

Rujukan.
  1. Mesra Forum
  2. Al Fikrah
  3. Halaqah
  4. YouTube
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...