Monday, December 27, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Nak join? Klik SINI
Tarikh Tutup: 06 Januari 2011

Syarat-syarat dibawah :

Tajuk Entry : Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Jadi follower blog ini
"Mama Kembar 3"
"Itsy Bitsy Secrets"

DONE!

Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog beserta link nya
DONE!

Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni
& maklumkan pada diorang yer.
DONE!

(1) Puan Atie
(2) Puan Piza
(3) Cik Lin

Tinggalkan url link entry and ID follower di SINI.

Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ sgt menarik.

Dan inilah hadiah-hadiahnya:


Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel


Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel

DONE!

LOVE is CINTA

info nie aku copy paste dr ntah sape2 punya website, tp yg aku pasti org tue pun copy dr org lain...adat blogging~ asalnya info nie adalah post dr fb besfrenku...sayu jap bile baca isi kata2 dibawah...n aku percaya, bile org yg betul2 mengalaminya akan menangis membacanya...apabila cinta tidak dihargai~

to my besfren, kuatkan laa ati ko...aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk ko...lelaki itu bukan utk ko n aku percaya jodoh ko adalah lebih baik dr die...be strong k...jgn nangis2 dah tau...1day akan ada lelaki yg bg kata2 dibawah nie kpd ko...alwaz luv u...muahhhhhhh~

-------------------------------------------------------------------------------

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’.
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
-------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, December 22, 2010

Saya Puan Sue...ayarkkkkk!!!


setelah 1 bulan 2 minggu 3 hari aku bergelar Puan Sue, baru kini aku berkesempatan untuk mengupdate blog tercinta ini...ahaksss~ mula2 dulu bz dgn persiapan...pastu bz dengan majlis persandingan kedua2 belah pihak...kemudian bz dengan en suami pulak...hahaha~

walaubagaimanapun, akan aku mengqada' kesemua cite2 sepanjang persiapan n majlis perkahwinanku ini...setakat mana memory dlm pale aku boleh flashback balik laa yee...hehehe~ baru sebulan jee...apepun, cite yang aku create nie walaupun dh lame ianya xkan basi bg aku...selagi aku ingat, aku akan cite kesemuanya kerana bg aku ianya 1 memori yang aku xnak lupakan sampai bile2...pasti.!!

org lain wat story book dlm photo album jee...hanya gambar semata2...aku punya story book wedding dlm blog lagi...canggih laa sikit...ada jln cite, ada gambar lg...hehehe~ walaupun xtersusun sgt, janji ade laa...sok2 dah tua dah ada anak, leh tunjuk kat dieorg...haha~ *berangan lagi* ;)

Tuesday, December 21, 2010

Persiapan Perkawinanku : Door Gift

untuk doorgift aku just plan nak bg sumthing yang simple n boleh dijadikan kenangan kepada sume...sebelum tue aku dah wat survey kpd beberapa org kawan2 di ofis...gift yang mcm mane menjadi pilihan mereka klu pegi bertandang ke majlis perkahwinan...n kebanyakkan mereka inginkn sumthing yang boleh dijadikan kenangan n boleh diguna pakai...

then, akak ofis aku temankan mencari gift yang sesuai untuk majlis perkahwinanku di Chow Kit...aku xnak cari di Nilai cos harganya sama jee di KL...n ada yg lg mahal...so bg aku sgt2 xberbaloi klu nak ke nilai semata2 untuk mencari gift atau keperluan lain...cukup laa sekali aku pergi dulu ngan en abe n mak teh... Survey Sana Sini [part iii]...n aku dah tau keadaan dan harga barangan disana...bezanya cume pilihan tue banyak laa...

ini adalah nama kedai n tempat gift yg aku beli...kakak ofis yang suggestkan...so, aku nye turn lak syorkan kpd kengkawan...walaupun ruangnya agak sempit n padat tp sgt berbaloi2...di kedai tue kebanyakkan barangan untuk display jee...bila kt kompem nak tempah, baru dieorg akan amik order dr kilang...sebarang cacat cela atau kerosakan, boleh dipulang semula n diganti yg baru...klu beli kat nilai, camno nak pulang tue...



p/s: klu nak ke kedai nie perlu lalu ikut jalan belakang yee...akan melalui balai polis bergerak situ...n akan terjumpe org menjual murtabak sedap...kedai tersebut betul2 didalam kawasan pasar chow kit..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...