Wednesday, October 27, 2010

Persiapan Perkawinanku : Part ii


semakin nak dekat majlis nie, semakin berdebar2 aku rasa...n semakin risauuu hati nie...risau yang sampai 1tahap fening kepala bagai nak pecah...macam2 nak pikir...yang nie dah settle kee, yang tue, yang sana...haihhhh~

ape lagi yang xsettle nie ekk..??

KEK WEDDING - done!
kek dah order kat Hanim's Cake...alhamdulillah~ rezki kawen murah cos kek adalah tajaan seorang kawan yang xmahu namanye di publishkan...anyway, thankss sesgt kat die... =)

ini hanya gambar semata2 yee...yang pastinya kek sy bukan ising cake cos susah tetamu nak makan nanti...heee~

kek biasa2 jeee...just nak display yg kek sy pun ada cupcake sebegini gak... =)

DOOR GIFT - done!
thanks to wae, nija n suami... cos bertungkus lumus menyiapkan kesemua gift2 tersebut...cayang kowang...muahhhh~ ;p
alhamdulillah...settle suda!

sorang bakal bergelar isteri...n sorang lagi bakal bergelar ibu...yang si sorang lagi tue bakal bergelar gf kepada sum1...hahaha~

semoga sumenye selamat n bahagia selamanya...
aminnnnn~

jom kita bergambar lagi...huhu~

friend forever...luv all...muahhhhh~


Monday, October 25, 2010

~~Teka Teki Dik Rizki~~


Syarat :


Follow blog http://salldann.blogspot.com
dan http://sallcontest.blogspot.com - DONE!
Tajuk n3 ~~~Teka Teki Dik Rizki~~ -
DONE!
Tinggalkan
link- DONE!
Tag seorang prenn baik anda dan pastikan mereka taw. -
DONE!
Jawap soklan dibawah ini. -
DONE!
Letakkan banner ni kat side bar korang. -
DONE!

~~~Teka Teki Dik Rizki~~~klik pic

Benda: Belon
Jumlah: 22 Belon

Tag Fren : Piza

Tarikh tutup pada 04/11/2010 jam 4:11pm.

Tuesday, October 19, 2010

iLham Pakaian Persandinganku~


untuk pakaian wedding, aku sgt suka kan design ini cos amat cocok klu dipakai bersama tudung n veil...begitu ayu, manis, santek~ wahhh!! perasan lebey suda...huhu~

walaupun begitu, ini adalah design impian pakaian persandinganku...kredit to Azika Collection...adakah aku akan dapat merialisasikan impain ku ini...kt tunggu n lihat nanti k...hehehe~

tapikan, hanya si pemakai yang kurus ramping lagi tinggi jee akan nampak cantik seperti gambar nie kan...klu insan2 seperti aku yg semakin mengembang pesat, adakah ianya akan nampak menarik...hurmmm~ nantikan laa...

baju nie pun santek gak...knapa aku memilih n meletakkan pic nie ialah kerana warna baju nie adalah warna tema wedding ku nanti...huuuu~ designnye ok, cantik...tp hati aku berkata, dia lebih berkenan kat design yg atas tue...selera masing2 kan berbeza... ;)

Persiapan Perkawinanku : Part i

waduhhh~ lame sungguh aku tidak membelog...busy sangat...sibuk ngan keje...persiapan...keje...persiapan...gado2 ngan en tunang...manja2 pulak...sudahnye, semakin lupe nak membelog...kui kui~

skang aku tengah sibuk dok membuat pengedaran kad kawen ku...very the simple...but nice for me...xmo pembaziran berlaku, biar berlebihan pada perkara yang sepatutnya...

nie adalah second card - special utk ayah...
thanks gak kat anak buah tercinta, acap...cos tolong lipat2 kad n masukkan dlm sampul...nanti mak lang banje k... ;)
ape kejadah ngan bakul nie...huduh rupe die...huuu~ asalnya ini adalah tikar mengkuang yg telah dipotong2 sehingga laa ianya menjadi bakul seperti nie...xtau laa, knapa beria sgt nak wat mcm nie kan...idea dtg mencurah2...n terlebih rajin, so jadi laa sebegini...tp blm lg siap nie...


haaaa~ ini baru laa rupa bakul yg berasal dr tikar mengkuang..setelah d gobek2 n akhirnya jadi laa sebegini...amacam..???

sgt menjimatkan klu nak dibandingkan membeli bakul yg dh siap sedia dikedai...

1gulung tikar rm 8 = 6 bakul
di kedai 1set bakul rm 40++ = 3 bakul

17/10/2010 - penyerahan duit belanja kahwin...mak teh en tunang beria menghiasnya sebegini...nak letak hiasan2 n coklat supaya nampak lebih menarik...kreatif gak yee...anyway, aku suka sgt...

apepun, thanks alot kat my sis yang banyak membantu cos seperti biasa dia laa yg menjadi chef dirumah ku...huhu~ masakan die mmg sedap...puji ikhlas nie tau kak... ;p

to be continue~

Monday, October 11, 2010

Birthday Lucky Draw By Naufal N Nureen


Nak join? Klik SINI
Tarikh Tutup: 25 Oktober 2010

Syarat-syarat dibawah

Tajuk Entry : Birthday Lucky Draw By Naufal N Nureen

Follow salah satu blog ini
Naufal N Nureen
The Colourfulisland
(follow dua-dua lagi bagus)
DONE!

Buat Entry mengenai Lucky Draw ini dan pastikan banner Lucky Draw ada dalam entry uolls (wajib)
DONE!

Letak Banner Lucky Draw di sidebar uolls (wajib)
link balik ke entry ini
DONE!

Tag 2 orang kawan-kawan untuk join
pastikan kawan-kawan ni tau dia di tag
DONE!

(1) ChiKeDees
(2) Cik Lin


Tinggalkan link entry anda di komen box entry di SINI

Sunday, October 10, 2010

My Photo Calendar

aku suka edit2 gambar...

aku suke create sumthing new...

aku suke wat ape yang aku suke...

=)

Bulan Yang sangat sibuk... ngee~ =(

5 November - Nikah
6 November - Bersanding
20 November - Majlis Pihak Lelaki

Thursday, October 7, 2010

Rintangan Alam Pertunangan Atasi Dengan Bijak

info by : Pengantin

Tempoh bertunang adalah satu tempoh persediaan dari aspek mental, fizikal, dan kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam tempoh ini juga, pelbagai dugaan dan ujian yang datang bakal mengukur kemampuan anda untuk mempertahankan ikatan yang dimeterai, selain membuktikan sejauh mana bukti cinta dan kasih sayang yang diungkapkan sebelum ini.

Antara Masalah/ Situasi Yang Sering Tercetus :

Permintaan mahar yang terlalu tinggi
Masalah paling besar yang ‘digeruni’ ialah isu wang hantaran yang terlalu tinggi. Menyentuh hal ini, ada yang mengakui bahawa masalah untuk memenuhi jumlah yang ditetapkan pihak keluarga perempuan kadang-kala menjadi punca utama perkahwinan tertangguh untuk tempoh masa yang panjang. ‘Mahar’ yang ditetapkan ini sebaik-baiknya tidaklah memberatkan pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki sendiri yang ingin memberikan jumlah yang tinggi kepada pihak pengantin perempuan itu dengan penuh rela hati, ini tidaklah menjatuhkan keberkatan si pengantin perempuan itu.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Berdoa agar dilembutkan hati semua pihak yang terlibat kerana Allah yang mampu ‘berbuat dan mengubah apa-apa sahaja terhadap apa jua perkara.’ Tetap sabar dan memperbaik hubungan dengan ibu bapa dan bakal ibu bapa mertua. Berusaha mempertemukan untuk kedua-dua pihak berbincang secara berhikmah.
Mintalah bantuan ahli keluarga yang rapat (mak cik/pak cik) untuk menerangkan perkara yang membelenggu fikiran anda ini jika anda tidak memiliki kekuatan untuk berbuat demikian.

Kewangan
Selain wang hantaran, pihak lelaki sering menjadi ''stres'' akibat terlalu memikirkan masalah kewangan dalam memenuhi impian perkahwinan yang bakal diadakan kelak. Dalam tempoh ini, pelbagai cara diusahakan untuk mendapatkan wang yang secukupnya sehinggakan ada yang mengambil langkah untuk membuat pinjaman peribadi dari bank tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Mengenal pasti bentuk perkahwinan yang anda perlu/ mahukan dan mencapai persetujuan dengan pasangan anda berkenaan dengan perkara seperti pakaian, lokasi, makanan, senarai jemputan, dan sebagainya. Apa-apa kos peruntukan harus disenaraikan terlebih dahulu kerana dikuatiri melebihi bajet. Sekiranya bajet terhad, anda harus memilih yang penting atau mencari jalan untuk menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian. Membuat pelan untuk menjimatkan wang untuk perkahwinan seperti jimat berbelanja dan menyimpan duit dengan membuka akaun untuk tujuan perkahwinan. Elak membuat pinjaman dari bank kerana tidaklah wajar anda meminjam dari bank sehingga menjadi beban pada masa depan. Yang penting, anda harus merancang dan berbelanja dengan bijak untuk mengelakkan kemelut kewangan yang membebankan kehidupan baru untuk tempoh yang panjang sekiranya membuat majlis perkahwinan yang besar-besaran di luar kemampuan anda.

Pergaulan
Pasangan yang sedang dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan antara pasangan. Ramai pasangan bertunang yang salah tanggapan terhadap ikatan pertunangan dengan menganggapnya sebagai lesen ‘p’ yang membolehkan mereka bergaul bebas dengan pasangan. Ingat bahawa bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah satu ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita meluahkan perasaan terhadap pasangan, namun kawallah perasaan itu.

Komitmen
Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Memang ada tetapi amatlah sedikit. Dalam tempoh ini lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana daripada tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan, kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Pemilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si perempuan pada tunangnya adalah orang asing. Jika si perempuan berjumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan, dia masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Bahkan jika diikutkan, ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu jika mereka putus tunang.

Tempoh pertunangan terlalu lama
Hakikatnya, tempoh pertunangan yang pendek lebih selamat untuk dilalui. Satu perkara paling penting yang harus diingat, alam pertunangan turut disertai dengan pelbagai dugaan. Biasanya, tempoh pertunangan akan ditetapkan selama enam bulan atau setahun. Walau bagaimanapun ada juga pasangan yang bertunang selama dua hingga empat tahun sebelum akhirnya membuat kata putus untuk berkahwin. Kebanyakan yang berbuat demikian menganggap diri masih belum bersedia untuk terikat dengan komitmen dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang pasti ada pasang surutnya.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Setiap pasangan perlu sepakat untuk menghadkan tempoh pertunangan agar tidak terlalu lama. Alasannya, hubungan sewaktu alam pertunangan lebih banyak membawa kepada perselisihan, walaupun disebabkan perkara yang remeh-temeh. Memendekkan tempoh pertunangan sekali gus mampu mengelakkan kejadian tidak diingini seperti putus tunang.

Wednesday, October 6, 2010

Kreatif : Pandu Arah

dengan kreativi yang ada...aku create pandu arah ke rumah aku lain dari yang lain...haha~ cos aku nye weddingkan, suke ati laa nak wat macam mane pun...printing color tue harus...manfaat kemudahan yang disediakan, dari dok tercengok jee wat ape...kuang3~

org kalau tgk mesti nak tgk lagi...hehe~ pasan! ;)




Monday, October 4, 2010

Bisakah...

1st time aku dgr lagu nie time aku tgh dok syok pusing2 kat kedai barangan hiasan hantaran 2 hari sebelum raya, kedai lain dok berlawan2 pasang lagu raye tp kedai tue pasang lagu nie...1st time dengar, terus terjatuh cinta...ak xtau tajuknye cos aku xpenah dengar, kesiankan aku...huhu~

oleh kerana sgt suka dengan lagu ini,aku taip lirik2 yang berkumandang kat dlm hp aku dgn harapan nanti balik umah aku search kat tenet...

niat dihati nak download mp3 tp xjumpe2..hai, xkan xfofular kot lagu nie...punye payah aku mencarinye...search lagi kat youtube, ade...download terus, hari2 aku dok layan feeling jap... ;)

so, jom feeling skali.!



Bisakah - Siti Nurhaliza
Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...