Sunday, September 26, 2010

Cerekarama Kemaafan Yang Tertangguh


Salam,

Cerita sedih tapi best! Syabas pada pelakon Kemaafan Yang Tertangguh.. sob sob sob!!! Sape tengok?!!! angkat tangan!! best tak?!! best kan!!

Sinopsis ceritanye begini..:

Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu dalam erti kata sebenarnya. Ibu Hartina,

Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Selepas 10 tahun tidak dapat berhari raya dengan Hartina, Khadijah datang merayu ke rumah Kasmah meminta agar Hartina dibenarkan pulang ke rumahnya berhari raya. Khadijah ingin berkongsi kesibukan Hari Raya dengan anak perempuan bongsu kesayangannya itu.

Namun Kasmah tetap berpegang dengan prinsipnya dan peraturan yang sekian lama dibuatnya. Hartina merupakan satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga, oleh itu dia harus patuh dengan kehendak mertua.

Kasmah juga menetapkan peraturan yang sama kepada anak-anaknya, Jasmin dan Zaila. Sistem bergilir raya tidak ada dalam kamus hidup Kasmah. Suami Hartina, Ilham juga tidak berani untuk melawan ibunya.

Kehidupan mereka adik-beradik sentiasa diawasi Kasmah. Apabila kehendak Kasmah tidak dituruti dan kemarahannya memuncak, pasti dia diserang sesak nafas dan pengsan. Jasmin dan Zaila cuba memujuk Kasmah supaya memberi keizinan kepada Hartina namun Kasmah tetap tidak berganjak dari pendiriannya. Namun sikap garang dan suka mengongkongnya menjadi perbualan jiran sekampung. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat pertama kalinya Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah.

Namun dia meletakkan syarat. Hartina harus menyediakan 20 jenis kuih raya dan menyediakan semua hidangan sebelum pulang ke rumah ibunya. Malah rumah juga harus dibersihkan dan dihiaskan secantiknya.

Mampukah Hartina menyempurnakan semua tugasan yang diberikan oleh mertuanya dan adakah dia berpeluang untuk pulang beraya dengan ibu tersayang setelah sekian lama terpisah?

Haaa.. kat sini lah kesedihan yang aku rasa bermula.. Hartina berusaha menyempurnakan syarat2 yang mertua dia bagi tu.. dia pulun buat kueh siang malam sampai pagi raya.. sedangkan mak dia sampai termimpi2 teringat kat Hartina nih.. dia mimpi Hartina balik dan bagi salam.. alih2 mak Hartina ni terjatuh dan kepala dia berdarah.. anak sedara dia bawak gi hospital..

Pastu anak saudara dia kol umah mak mertua dia nak bagitau...tapi mak mertua dia bohong arr.. ckp org lain yang kol.. bile dia sampai pagi raya tu.. dia tengok mak dia dah takde.. jenazah mak dia je ade kat umah.. sedihhhh!!!! laki dia kol mak dia suruh datang ziarah.. mula2 eksen berlagak lagi tak nak dtg.. siap boleh kata "dah mati nak wat camne" tapi dia gi gak ar kampung arwah besan dia tu..

Bila sampai anak saudara arwah marahkan ar mak mertua Hartina tu pasal tak cakap kat Hartina.. Anak dia a.k.a laki Hartina dapat tahu, anak dia pun marah jugak mak dia... pastu mak dia sesak napas.. dia suruh panggil kan Hartina, dia nak minta maaf.. Hartina xmo arr.. dah wat dia cam 2 smpai mak dia mati kan... merayu arr nak minta maaf kat menantu dia tu.. sementara anak lelaki dia panggil Hartina, mak mertua dia pun mati terduduk kat tangga..

Begitulah berakhirnya cerita sadis tu..

Pelakon: Zamarul Hisham, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor

Pengarah: Fairuz Loy

Kredit : Atie aizam

5 comments:

  1. belum tgk lagi
    tapi..
    baca sinopsis yang awak bagi dah buat saya teringin sgt sgt sgt nak tgk.

    ReplyDelete
  2. i ada tgk citer nie....sedih sgt.....
    meleleh-leleh air mata..hehehe

    ReplyDelete
  3. citer die best n sedih sesangat...
    sob sob sob~
    sy jarang layan citer melayu...
    tp citer nie sy bg 10 bintang...
    citer airmata yg best...
    uwaaaaaa~

    ReplyDelete
  4. tue laa pasal...
    tp setiap perbuatan tue tetap ada balasan die...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...