Sunday, September 26, 2010

Cerekarama Kemaafan Yang Tertangguh


Salam,

Cerita sedih tapi best! Syabas pada pelakon Kemaafan Yang Tertangguh.. sob sob sob!!! Sape tengok?!!! angkat tangan!! best tak?!! best kan!!

Sinopsis ceritanye begini..:

Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu dalam erti kata sebenarnya. Ibu Hartina,

Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Selepas 10 tahun tidak dapat berhari raya dengan Hartina, Khadijah datang merayu ke rumah Kasmah meminta agar Hartina dibenarkan pulang ke rumahnya berhari raya. Khadijah ingin berkongsi kesibukan Hari Raya dengan anak perempuan bongsu kesayangannya itu.

Namun Kasmah tetap berpegang dengan prinsipnya dan peraturan yang sekian lama dibuatnya. Hartina merupakan satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga, oleh itu dia harus patuh dengan kehendak mertua.

Kasmah juga menetapkan peraturan yang sama kepada anak-anaknya, Jasmin dan Zaila. Sistem bergilir raya tidak ada dalam kamus hidup Kasmah. Suami Hartina, Ilham juga tidak berani untuk melawan ibunya.

Kehidupan mereka adik-beradik sentiasa diawasi Kasmah. Apabila kehendak Kasmah tidak dituruti dan kemarahannya memuncak, pasti dia diserang sesak nafas dan pengsan. Jasmin dan Zaila cuba memujuk Kasmah supaya memberi keizinan kepada Hartina namun Kasmah tetap tidak berganjak dari pendiriannya. Namun sikap garang dan suka mengongkongnya menjadi perbualan jiran sekampung. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat pertama kalinya Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah.

Namun dia meletakkan syarat. Hartina harus menyediakan 20 jenis kuih raya dan menyediakan semua hidangan sebelum pulang ke rumah ibunya. Malah rumah juga harus dibersihkan dan dihiaskan secantiknya.

Mampukah Hartina menyempurnakan semua tugasan yang diberikan oleh mertuanya dan adakah dia berpeluang untuk pulang beraya dengan ibu tersayang setelah sekian lama terpisah?

Haaa.. kat sini lah kesedihan yang aku rasa bermula.. Hartina berusaha menyempurnakan syarat2 yang mertua dia bagi tu.. dia pulun buat kueh siang malam sampai pagi raya.. sedangkan mak dia sampai termimpi2 teringat kat Hartina nih.. dia mimpi Hartina balik dan bagi salam.. alih2 mak Hartina ni terjatuh dan kepala dia berdarah.. anak sedara dia bawak gi hospital..

Pastu anak saudara dia kol umah mak mertua dia nak bagitau...tapi mak mertua dia bohong arr.. ckp org lain yang kol.. bile dia sampai pagi raya tu.. dia tengok mak dia dah takde.. jenazah mak dia je ade kat umah.. sedihhhh!!!! laki dia kol mak dia suruh datang ziarah.. mula2 eksen berlagak lagi tak nak dtg.. siap boleh kata "dah mati nak wat camne" tapi dia gi gak ar kampung arwah besan dia tu..

Bila sampai anak saudara arwah marahkan ar mak mertua Hartina tu pasal tak cakap kat Hartina.. Anak dia a.k.a laki Hartina dapat tahu, anak dia pun marah jugak mak dia... pastu mak dia sesak napas.. dia suruh panggil kan Hartina, dia nak minta maaf.. Hartina xmo arr.. dah wat dia cam 2 smpai mak dia mati kan... merayu arr nak minta maaf kat menantu dia tu.. sementara anak lelaki dia panggil Hartina, mak mertua dia pun mati terduduk kat tangga..

Begitulah berakhirnya cerita sadis tu..

Pelakon: Zamarul Hisham, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor

Pengarah: Fairuz Loy

Kredit : Atie aizam

Pagi² buta dok Edit Pic..

sah n kompem aku dah xde koje nak wat nie cos banyak lak mase aku dok edit2 pic untuk publish kat blog nie hah...

nie adalah antara pic² yang aku berjaya hasilkan di pagi buta ini...



kalender picture kami yee~

dok create banner blog baru...ok x..?

suke sangat ngan stick cretor nie...cumei²~ ;)

yang nie lg sy suka...sgt cute mcm tuannye...huhu~

Saturday, September 25, 2010

Peraduan Impian Hari Majlis Perkahwinan bersama Azika Collection.

salam~ hari nie aku terpanggil untuk mencuba nasib dalam Peraduan Impian Hari Majlis Perkahwinan bersama Azika Collection...sebenarnya dah lame aku mengikuti blog azikacollection.blogspot.com cos aku suka sgt dengan rekaan2 busana pengantinnya...aku mengetahui tentang butik Azika nie melalui banner iklan di majalah Pengantin yang aku beli pada keluaran bulan Februari yang lalu...kemudian, terus aku wat survey di internet n seterusnya meletakkan blog Azika nie antara link blog feveret aku sejak aku menubuhkan blog ini...


Syarat² penyertaan :

1. Buat entri pasal peraduan nie - DONE!
2. Harus ada blog n jadi follower + add FB AZIKA COLLECTION - DONE!
3. Pamerkan banner / badge rasmi Peraduan ini di blog atau side bar blog dan juga dalam entri pertandingan n linkkan ke blog AZIKA COLLECTION - DONE!
4. Sertakan 3 gambar. - DONE!

saya

dia
kami

5. Ceritakan secara RINGKAS mengenai majlis impian anda. (Tema majlis, warna tema impian). - DONE!

saya seorang yang simple n saya mengimpikan majlis perkahwinan yang sederhana, moden n ala2 garden tapi masih mengekalkan ciri-ciri adat melayu kita...warna tema impian saya ialah warna2 yang lembut seperti soft pink atau soft gold...n saya sgt sukakan hiasan bunga-bungaan yang berwarna putih/pink/krim pada pelamin...disamping menggunakan warna putih sebagai base pelamin...bagi saya ianya dapat menaikkan seri pengantin dan majlis...disini sy ada copy pic2 pelamin dari blog Azika Collection yang menjadi pilihan saya...

6. Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan ini berjalan. - DONE!

Tarikh kami bertemu dari mata ke mata n dari hati ke hati yang seterusnya bermula laa bibik2 percintaan iaitu pada 23/12/2006...n hubungan kami setakat tarikh hari ini 25/09/2010 ialah selama 3 Tahun 9 Bulan 2 Hari...selama tempoh itu juga hubungan percintaan kami adalah percintaan jarak jauh...antara Kedah - Kuala Lumpur...pelbagai ujian n dugaan perlu dihadapi sehingga ke saat2 bergelar suami isteri...harap ianya kekal ke akhir hayat...InsyaALLAH~


7. Nyatakan juga kenapa serta pendapat anda memilih AZIKA COLLECTION sebagai butik pilihan.- DONE!

Kenapa saya memilih Azika Collection ialah kerana designnya yang sgt cantik,terkini mengikut peredaran masa dan bercitarasa tinggi...selain itu, terdapat koleksi Azika yang menggunakan fabrik French Lace yang menampilkan si pemakainya kelihatan sangat anggun dan bergaya mewah...selain itu yang membuatkan hati ini memilih Azika Collection ialah harga pakej yang ditawarkan sgt berpatutan...ini antara gambar dari busana azika yang menjadi pilihan saya...

Pendapat saya pada butik azika ialah diharapkan agar Azika Collection dapat memperbanyakkan lagi promo n pakej-pakej terbaru cos bagi saya sayang rasenya apabila hasil yang sangat menarik tidak diketahui ramai...saya agak terlambat mengetahui tentang butik azika n menyebabkan pilihan butik untuk perkahwinan sy di tentukan oleh pihak lain...tapi sy sgt admire dengan ilham dan sentuhan dari Azika Collection...akan saya kongsikan info n sarankan kepada rakan2 yang lain...insyaALLAH~

8. Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga MAC 2011

Majlis perkahwinan saya pada bulan November 2010 dan masih tidak melepasi tarikh tersebut...sekira menang laa kan...;) klu x menang pun xpee, entri nie boleh dikongsi bersama blogger lain n jadi kenangan saya...

9. Tinggalkan komen di blog atau di FB. - DONE!


Friday, September 24, 2010

Alahaiii Laa TOK KADI~


Nak Cari Tok Kadi nie payah tau sebenarnya...dah sebulan lebih aku dok call tok kadi kawasan umah aku cos die jarang ada kat ofis masjid...kelmarin g terjah gak kat masjid area umah nie...aku tgk opisnye bertutup...siap bermangga lagi...mak aihhh~ tok kadi nie pun ngular gak kew..? huhu~

aku pun g tgk kat board luar ofis tue...kot2 laa ada pape info yang membantu...ape pun tada, yang ada alamat umah dia...amik hp, taip...kali nie kt g terjah ke rumahnya pulak...tetiba sapa sorang pakcik nie,

pakcik itu : awak nak nikah kee..?
diri ini : yee saya..
pakcik itu : klu awak cari tok kadi, die xde...dah 2bulan sy x nampak die...

gulpp!! 2bulan tok kadi tue xdee...xkan kot...jangan laa time2 suntuk mcm nie nak jadi kat aku lak...aduyaiiiiii~

diri ini : mane peginya tok kadi nie pakcik..?
pakcik itu : saya dengar die sakit...die xde kat sini...berubat kat banting kee kat bangi ntah...
diri ini : yee kee...xde pengganti kee pak cik..?
pakcik itu : pengganti mmg xdee, klu awak nak cari tok kadi apa kate awak cari kat masjid kawasan tut...sume yang nak bernikah kat sini pegi cari kadi sana...

hurmmmm~ frustt sekejap haku...patut laa aku dok call berkali2 xdijawabnye...rupa2nye tgh sakit, patut laa xberjawab...hurmmm~ nak wat mcm mane...xkan aku nak marah sbb die sakit kot...yang wat aku hanginnye ialah kenapa xde orang yang menggantikan tempat kadi tue...bermakna, selama 2bulan laa jugak xde org bernikah kat masjid tue...tp macam mane pulak tetibe yang dah deal n kompem date sume, tetiba kadi xde...pengganti pun xde...x kee, menyusahkan org lain...alahaiii laa TOK KADI~

oleh kerana dah xde pilihan lain, aku pun amik fon n menghubungi adik junior aku yang duduk kawasan sebelah untuk mendapatkan info pasal kadi kawasan sana...anyway, thanks yee Puan Fiza for ur info...die pun ada blog gak...boleh klik disini yee -->> hafizaabdullatiff.blogspot.com...banyak info yang boleh dikongsikan... (p/s : piza, special promo dah nie...huhu~)

belum sempat aku berjumpa dengan kadi yang baru nie, kadi tempat aku dok misscall...misscall jee yee...hehe~ so, paham2 sendiri, call laa balik yee...alhamdulillah, berita gembira untuk aku cos kadi tue dah ada kat umah die skang...n dah mula bertugas hari tue...

semalam, aku ke rumah kadi tersebut bersama ayah yang bertindak sebagai wali n abang ipar aku sebagai penasihat cemerlang...hoho~ bakal pengantin lelakinye xada cos duduk jauh...xkan nak dtg kl semata2 nk hantar borang jee kot...sedangkan aku leh wat sendiri...apepun, setelah mendapatkan pengesahan kadi n booking tarikh nikah sume...surat sumpah mak n ayah aku lak problem...salah info, sepatutnya nama ayah sebagai pengadu kehilangan sijil nikah...bukan dibuat atas nama aku...mane laa aku tau, bukannye aku yg karang surat tue...salah laa pulak, kene g wat baru...haihhhh~ payah2...

tapi sume dokumen yang lain dah lengkap, just perlu wat surat sumpah yang baru..then, hantar ke pejabat agama...pejabat agama akan bagi borang warna hijau lak...borang tue perlu dibawa ke kadi semula bersama2 dengan pasangan sekali...cos kadi nak jumpa bakal pengantin lelaki...urusan lelaki~ yang tue mmg xboleh elak laa kan...

"minggu depan kite pergi umah kadi yee bang~" ;)

p/s : nak nikah jee pun bukan senang tau prosedur die sebenarnya...pengalaman manis sume tue~

Thursday, September 23, 2010

1 Month, 1 Week, 5 Days...ayakkkkk!! (✖_✖)

Terkejut jap haku bile bukak blog aku rini n tgk countdown wedding aku...alahaiiii~ cuak nyee...rasenye, mcm2 belum siap lagi nie...adehdehhhhh~

cuaknye...cuaknye...ingat panjang lagi mase nak lengah2kan...hohoho~ Ok, skang nie kene fokus...ape lagi yang xsettle...

Not Done Yet!!

* Door Gift *
* Homestay *
* Jumpe Tok Kadi *
* Khemah *
* Hantaran*

Plan hari nie

* Booking Homestay *
* Jumpe Tok Kadi *
* Siapkan Hantaran *

semalam dah g tempah kad...agak lambat gak laa cos sibuk ngan raya lagi..tambah lak lepas raya tue abg aku kawen kat Terengganu...haihhhh~ abis sumenye tergendala keje2 aku...anyway, balik jee dr Terengganu kene pulun kaw2~ dah xdee nak beristi rehat lagi...lepas majlis, baru rehat puas2 yee sue...huhu~

Monday, September 13, 2010

Datuk Sosilawati DiBunuh & DiBakar ?!

Salam,

Berita terkini mengenai Datuk Sosilawati Lawiya amat mengejutkan ramai pihak.. termasuk aku.. walaupun pada mulanya ramai sudah membuat pelbagai spekulasi apa yang telah berlaku ke atas beliau dan 3 orang lagi mangsa..

Menurut utusan, kesemua mangsa telah diBUNUH dan diBAKAR!! dan abu mayat mereka telah dibuang ke laut di Pantai Morib.. betapa kejamnya mereka yang melakukan perbuatan tersebut.. takziah untuk keluarga2 mangsa dan aku harap mereka semua tabah menghadapi ujian yang besar ini..





kredit to: utusan online 

Tuesday, September 7, 2010

Salam Terakhir Ramadhan~

Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang~ Mohon maaf segala kesilapan krn ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata² dan hati tersalah menduga...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN... ;)

Monday, September 6, 2010

2 Bulan jee lagi...risauu nyeee~


xtergambar perasaan aku skang...happy kee risau yg sebenarnye...sebelum kawen nie risau jee lebih kot...lepas kawen harus laa happy...ngeee~ ;)

1 badan aku sakit cos dok mengecat umah, mengemas...yang paling aku xlarat sesangat bile nak tukar tikar getah baru...nak kena mengangkat TV, rak TV, peti ais, sofa n segala rete yg ada kat situ laa...senget badan aku jap...bayangkan laa kudrat seorang perempuan nk wat sume tue... ;(

hurmmm~ aku nak mintak tolong sape lg...mak ayah kompem2 lg senget nanti badan dieorg...adik beradik lain, dok umah lain...maleh laa nak nyusahkan cos dieorg pun nk kena mengemas umah masing2kan...so, gagahkan laa jugak...

xpe laa, aku kemas nie pun cos majlis aku xlame jee lagi...xkan nak kemas dekat2 nak majlis...dah alang2 nak raya, harung jee skali...

alhamdulillah~ persiapan hampir 80% siap...lepas sume settle, aku nak fokus pada gift lak...naseb baik kawan baik aku si nija tue mengofferkan diri nak membantu...lege rasenya hati nie...ye laa, nanti kenduri aku die xdapat dtg cos dah bersalin, jadi nie je laa yg mampu die sumbangkan untuk aku...aku xkisah pun...anyway, thanks sgt kat die...n kengkawan aku yg lain...

apepun, perasaan yang paling kuat dlm ati skang ialah xsabar untuk bergelar isteri kepada tunang tersayang...hehehe~

Wednesday, September 1, 2010

Mancing Udang Rimau ;)

27 Ogos 2010 (Jumaat)
hari nie aku g keje seperti biasa...n en tunang brada di umah mak teh dia kat shah alam...dah xleh nak amik cuti sgt cos simpan untuk kawen...hehehe~ tengahari aku amik halfday utk settlekan hal2 yang urgent...

then, ptg ktaorg plan nak berbuka bersama2 mak n ayah aku...bg org lain bile dh bertunang nie, pasangan dengan mak ayah kita dah rapat n selalu berjumpa...tp bg aku, hubungan jarak jauh nie meng'had'kan aku untuk rasa sume tue...n aku dah lame terbiasa dgn keadaan nie...

alhadulillah~ mak ayah aku pun paham n sgt sporting...aku syukur sesangat...ini 1st time kitaorg berbuka bersama dgn mak ayah aku...aku suka sgt saat2 tue...menyesal rasenye xamik gambar cos dok kusyuk menikmati saat2 tue...really luv that moment~

lepas hantar mak ngan ayah balik umah, aku ngan tunang pun terus bergerak ke shah alam cos en tunang dah wat plan nak g mancing udang ngan pak teh...aku pun join sekaki sebagai peneman n penghibur en tunang jee laa...geli kot nak pegang umpan die...ada dua pilihan, cacing atau hati ayam...bile tgk cacing die panjang n melentik2, cabut lari laa aku...hehe~

kami pergi berempat, pakteh, si tunang, aku n syamer (anak pakteh)...mak teh g shopping raya ngan anak2 yang lain...dieorg datang kemudian...

hanya ini jee pic yang sempat aku amik...cos aku dah xbape nk sihat time tue...



cubaan yang berjaya~ ;)
pak Teh.

try jeee~


hasil tangkapan

selepas penat memancing jOm kt sahurrr dulu.! (mcm laa aku yg mancing, tido dlm kete ade laa...huhu~)

ngantuk menunggu makanan sampai..

disebabkan xde selera cos sakit tekak, kt sahur makan sup sayur jerr yee~

alahaiiii~ cian dier...ngantuk yeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...