Tuesday, June 8, 2010

Dugaan : Pendarahan Otak dikepala ayah..

01 Jun 2010
pelbagai musibah n dugaan berlaku ke atas diri n keluarga aku menjelang hari pertunanganku...seminggu sebelum majlis, kami terlibat dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa...3hari kemudian iaitu 4hari sebelum majlis pertunanganku berlangsung, ayah ku mengadu sakit kepala yang teramat sgt malam tue...n aku membawanya ke hospital...selepas membuat pemeriksaan n x-ray, doktor mendapati terdapat pendarahan otak di kepala ayah...Ya Allah, tuhan jee yang tahu perasaan aku ketika mendapati berita itu...di tambah lagi tinggal lagi bebarapa hari jee majlis pertunangan aku...Dugaan apakah ini..??

aku dah xpikir langsung pasal majlis aku...yang aku tau, aku hanya nak ayah ku kembali sihat seperti sedia kala...doktor hanya memberi dua pilihan sahaja kepada kami adik beradik samada hendak membuat pembedahan ataupun tidak...if pilihannya ialah tidak, ayah akan berisiko untuk lumpuh ataupun koma...if kami memilih untuk membuat pembedahan, masih terdapat risiko yang kt xtau...apepun kami adik beradik diberi masa selama 6jam dari untuk membuat keputusan samada ayah perlu dibedah ataupun tidak...

setelah berbincang n berpakat adik beradik, sumenye bersetuju untuk meneruskan pembedahan...ayah masih sedar ketika itu...abang aku yang paling tua menerangkan segalanya n memujuk ayah...ayah akur n menurut pilihan kami...aku hanya mampu berdoa, semoga pembedahan ayah berjaya...



sehari sebelum ayah dimasukkan ke bilik bedah, aku sempat mengambil gambar n memandangnya ketika tidur...aku tau aku bukan anak yang baik n yang sentiasa mendengar cakap....aku tau aku banyak sakitkan hati ayah n kecewakan ayah...walaupun ayahku tidak seperti ayah orang lain, tp yang pasti ketika itu, aku xsanggup untuk menghadapi kehilangannya dalam hidupku...

sue sayangkan ayah

alhamdulillah~ ayah selamat dibedah dua hari selepas itu...n keadaan ayah stabil...itu yang penting, baru lega hati aku untuk meneruskan majlis pertunanganku yang hampir 90% siap...ketika aku sampai pagi tue, ayah dah sedar n masih mengingati kami semua...itu yang paling penting...cume ayah masih tidak mampu untuk menjamah makanan lagi...

keluar dari bilik bedah, ayah ditempatkan diunit rawatan rapi...keadaan ayah perlu selalu dipantau oleh pihak hospital...dari sehari ke sehari, keadaan ayah semakin baik...n ayah kembali semakin sihat...

alhamdulillah~ syukur tidak terhingga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...