Monday, May 24, 2010

Melangkah Alam Perkahwinan : Bersediakah anda?

selalu aku diajukan soalan sebegini oleh kengkawan...bersediakah aku untuk melangkah ke alam perkahwinan...memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri...menguruskan rumah tangga...menjaga maruah n kehormatan suami...berjauhan dengan kaum keluarga...hurmmm~ bersediakah aku..?? n mampukah aku..??

soalan yang terlalu subjektif n peribadi untuk aku jawab...n aku rasa, untuk orang lain jugak...bagi aku, perkahwinan bukan hanya kerana nafsu semata2...atau untuk aku 'mengikat' si dia...ataupun si dia 'mengikat' aku...selain daripada tuntutan agama n untuk mengelakkan perkara2 yang xsepatutnya...aku pun punya alasan tersendiri...bile ditanya semula adakah aku bersedia untuk digelar isteri...jawapan aku ialah YA~

walaupun 4 tahun bercinta jarak jauh...paling lame berjumpa pun xpnh lebih dari seminggu...setiap hari bergaduh n berbaik, dah menjadi rutin...mungkin betul cakap mak n kengkawan aku...jodoh kami kuat...alhamdulillah~ itu yang aku doakan...die adalah cinta pertama n juga cinta terakhir aku...tamat segala cerita spekulasi aku selepas ini...hohoho~

sejak akhir2 nie aku rajin mencari info2 tentang alam perkahwinan di internet n majalah2...sebagai persediaan untuk diri aku bergelar sang isteri...belajar dan terus belajar memperbaiki kelemahan diri...ada artikel yang aku rase menarik untuk dikongsikan...sebagai rujukan n petunjuk bersama...

Artikel ini sesuai untuk yang sudah berkahwin ataupun belum...semoga aku dapat membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT. Bersama-sama kita renungkan...

------------------------------------------------------

(1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunankami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa.”

(2) Anda perlu juga sedar dan faham bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa, perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya.

Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya.

Sebagai seorang yang beriman dengan qoda’ dan qadar Allah, anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 17 :-
“Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(3) Perkahwinan itu menggariskan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan batin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka.

Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara’, memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur’an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia.

Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah SWT.

(4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.

Firman Allah yang bermaksud :-
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. anda bukanlah pihak yang pertama di hati pasangan anda.

Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibu bapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga.

Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa.

Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

(5) anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan, anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

(6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain.

Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian, anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

(7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijab kabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini.

Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

(8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

“Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya.”

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

“Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami.”

  • Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan ’sedangkan lidah lagi tergigit’. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam.
  • Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik.
  • Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan.
  • Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.
  • Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya.
  • Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Sedikit renungan:
Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman & taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci & tinggi kedudukannya di mata manusia & disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra’, puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi & dilindungi.

Tahukah anda apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra’ dengan Saidina Ali bin Abi Talib ?

  • alat menggiling gandum
  • bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
  • alat penumbuk
  • sebuah bekas air
  • kulit yang di samak
  • sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.

Beliau bertanya, ” Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?

Nabi SAW menjawab : “Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia.”

Wahai pengantin yang paling agung, kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman & amal soleh. Bukan banyaknya harta & kemewahan, keturunan @ pangkat & jawatan. Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk & taat hanya kepada-NYA.

Friday, May 21, 2010

Hadis : Trend Sanggul Tinggi Adalah Trend Akhir Zaman...erkkkk~

aLamak! aku rase ramai yang xtau pasal info nie...cos aku pun baru jee tau...xsangka lak ada hadis yang menyatakan tentang trend sanggul tinggi tue...aku rase skang trend tue dah meluas n dah jadi ikutan kepada bakal2 pengantin yang bertudung...

nasib baik laa aku xdee ati langsung nak wat gaya ala2 arabian ngan sanggul tinggi gitu...cos aku xbape minat...info nie aku sekadar nak berkongsi kepada bakal2 pengantin yang mungkin ramai lagi yang xtahu tentang hadis nie...supaya akan datang orang x mengata tentang kita...mulut orang kan...yang buruk jee dieorang akan nampak...sesama laa kita saling mengingati...

yg haram tu lah selalu menjadi ikutan ramai...tp sebenarnye org yg pakai macam tue pun mungkin x tahu tentang hadis ni...nahuzubillah...m
intak2 kita semua dijauhi perkara2 cam ni...bagi yang bertudung, untuk menaikkan seri pengantin ada bermacam2 cara lagi...xsemestinya dengan perhiasan sanggul tinggi jee...

------------------------------------------------------

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Aku suka nak cakap kat sini bile aku tengok kebanyakkan artis yang bertudung wat gaya arabian yang bersanggul tinggi...siyes, aku puji dalam hati cos memang sangat cantik...tapi sumtimes, manusia bila nak cantik selalu lupa pada hukum hakam walaupun dah belajar...n aku pun x terkecuali...bila nak buat benda jahat, laju jee...same2 laa kita beringat...apepun, bile kita niat memakai tudung, perlukah hukum untuk menghalalkan caranya pula...cukup laa sekadar istilah "wajib menutup aurat"...cos zaman skang nie ramai orang dah menyalah pakai tudung hanya kerana ingin wujudkan trend atau treadmark masing2 dan menjadi ikutan ramai...itu adalah tanda2 dunia diakhir zaman...nauzubillah~

Tuesday, May 18, 2010

Rekaan Hantaran ku...

huhu~ macam pro sangat ler aku ngan jee tajuk post gitu...tp x pee, aku mmg suka dengan deco2 nie...dalam pale aku nie terlalu banyak idea untuk dicurahkan...selalu klu wedding abang2 aku, akak aku yang banyak wat kan...so, akunye skill x dapat laa aku curahkan...

memandangkan ini adalah wedding aku...so, aku nak sume hantaran aku adalah daripada hasil tangan n idea aku sendiri...biar laa orang komen x cantik kee ape kee...janji pd mata aku cantik n aku puas hati...

aku suka warna2 yang pastel mcm english style...lebih kurang mcm deco2 kat Memory Land gitu...tp decoration barangan kat Memory Land tue mcm sarat n over sgt...ntahh~ aku pun xtau...dah lame x berkunjung pun...sesuka ati lak nak komen hasil org lain...huhu~ ikut citerasa masing2 laa...

warna tema hantaran aku ialah soft cream + soft gold + soft brown...aku pilih warna nie cos senang nak match ngan mane2 warna baju...so senang nanti...leh guna pakai untuk wedding aku lak...just tukar main color die jew...sebagai contoh, if aku pilih warna hantaran aku hijau...for sure sumenye akan warna hijau...riben, bunga dll...n baju pun warna hijau...klu bertunang warna hijau, xkan wedding pun nak hijau lg...kompem, kita cume akan pakai sekali jee...dah pembaziran berlaku disitu...

bukan aku terlalu nak berkira soal bajet, hiasan hantaran jee kot...xperlu laa nak berhabisan sampai beratus2...cos kebanyakkan hantaran yg aku tgk kat kedai yg dah ready made harganye mesti RM 50++...kebanyakkannya...klu berkemampuan, terpulang~ bagi aku, mahal atau murah bukan laa isunya...yang penting ialah kepuasan cos dapat menghasilkan sesuatu dari ilham sendiri...baju, pelamin sume dah tentu org lain wat kan...tunggu nak sarung n hias jee...so, biar laa hantaran nie hasil idea sendiri...tue jeee, niat di hati...

untuk hiasan hantaran...aku just nak yang simple + cantik + menarik...n yang paling penting, aku leh guna pakai lagi selepas tue...cantik + menarik pada mata aku laa...kang orang cakap aku nie syok sendiri lak...ahaaa~



ini sebahagian jee...kang upload sume kang x surprise lak nanti...huhu~ mintak maap, background die semak sikit...n of cos laa kena remark kat situ...hak cipta terpelihara...hohoho~

kamerose.blogspot.com

2 Minggu 4 Hari Lagi...ngeeee!!

aduhhhh~ peningnya aku...sempat kee nie hah nak settlekan sume...hurmmm~ baju x siap lagi...make up pn xcari lagi...bilik x abissss kemas lagi...hantaran??? uwaaaaaa~ kelam kabutnye...

aku kene make sure minggu nie bilik tidur mesti dah settle...klu minggu depan masih xsettle2 lagi, masak laa aku jawabnye...cos minggu depan baju untuk bertunang dah siap, leh gi tengok...excited lak rasenyee...huhu~

minggu nie aku betul2 sibuk mengemas bilik tidur...bukannya xpenah mengemas...masalahnya bilik aku tue terlalu sarat ngan barang...almari pun sampai dua...so, bile nak mengecat bilik tue penat yang teramat sgt cos nak mengalihkan barang2 jee...pastu nak ganti tikar getah baru...lg laa penat, aku kena kosongkan bilik...

masuk hari nie aku masih x habis mengecat lagi...tinggal dalam 1/4 jee...1/4 pun, penat gak tue...cos tinggal dinding yang ada almari kat situ...almari kecik, aku dah buangkan jee...almari yang besar nie dr ptg tadi aku dok pikir mcm mane nak alihkan...berat tue...tolak pn, xgerak langsung...adessss~

kang klu aku tinggalkan dinding tue jee, xkee cacat rupa nye klu tetiba 1hari nanti ada org yang mengalihkannye...mau kena kutuk kaw2...nampak sgt keje org pemalas...kompem2 aku xnak mengaku time tue...hahaha~

xpe laa, untuk memudahkan keje aku...aku kena kosongkan almari tue dulu supaya ringan sikit...terpaksa laa wat 2-3 kali keje...its ok, yang penting hasilnye memuaskan hati aku...penat pun xpe laa...ayat untuk menyedapkan hati..."leh kurus sikit" huhu~

minggu depan aku sibuk lagi...nak amik baju...cari tudung yang sesuai...make up...hantaran...urmmm~ ape lagi ekkk...stresss nyee aku...nngeeeee!!

STRESS yang membahagiakan...
gewdikksss~ ;D

Monday, May 17, 2010

Proses Pembersihan - Bilik Tidur

dah 2-3 hari aku sibuk dok mengemas bilik aku...semak umah aku jap ngan segala barangan aku yang aku susun kat ruang tamu untuk kosongkan bilik...cos aku nak mengecat satu bilik tue n letak tikar getah baru sebelum katil aku sampai rini...

hari nie aku xkeje untuk menyambung siapkan proses pembersihan bilik aku...penatnya tuhan jee yang tau...sepanjang hari sabtu tue aku dok mengemas + mengecat + dll...sampai menggeletar n melecet tangan aku laa...mak aku pun naik risau tgk aku dok wat keje dr pagi sampai mlm xberenti2...asyik dok bising suh rehat dulu...aku berenti rehat kejap2 jee...risau selagi sumenye xsettle...sabtu ahad jee aku ada masa...hari ahad aku kene g klang lak, kenduri kawan aku...kompem kuar pagi balik malam...

sudahnya rini (isnin) aku xg keje...amik MC..huhu~ cos petang nie katil sampai...proses mengecat xabis lagi...tikar getah pun x bentang lagi...pening akuuu! xde sape nak tolong aku...hurmmm~ xpe laa, wedding aku gak kan...bak kate mak aku, bersabar je laa sue...bagi lepas sumenye...hurmmm~ thanks mak...kata2mu bagi kekuatan kepada ku...

skang kul 11.15 pagi...aku di rumah akak aku cos tumpang tido...kat umah dh xleh nk tido, sume dah ilang...huhu~ so, sempat laa aku nak update blog aku nie...plan aku pagi nie ialah mula2 aku kene pagi klinik dulu...amik mc...td dah call org perabot tue suh hantar katil tue rini gak...klu sok aku xleh laa...pastu balik umah mak aku...sambung mengemas n mengecat...hope leh settlekan rini...

gambar akan aku uploadkan kemudian setelah sumenya settle cos skang aku sndiri pun xsanggup nak tgk keadaan umah aku...dah macam tongkang pecah...huhu~ xpee, kejap jee tue...k laa, dah siap nak kuar...nanti aku update lagi...for sure untuk tatapan si jantung ati tercinta...cos skang kitaorang contact pun semnggu sekali...hp die dah xdew...aduhhh~ giler rinduuu kat diee...boleh mati cam gini...huhu~

xpe laa sue...x lame jee lagi...bersabar laa...tinggal lagi bape bulan jee ko akan di gelar cik sue...lepas tue ko akan bertukar title lak...menjadi milik die yang sah...aminnn~ itu yang aku doakan n impikan dari dulu lagi...xsabar rasenye menanti hari itu... ;D

Thursday, May 13, 2010

Tips Persediaan Perkahwinan

Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.

Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.


Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).


Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

Monday, May 10, 2010

sUrvey Lagi~ [kEdah vErsiOn]

6 - 9 Mei 2010

4hari aku di Kedah bersama si Jantung aTi n bakal famiLy ku...berjalan n survey ke sana sini n mencari barangan perkahwinan lagi...setiap pelusuk Alor Setar tue dah habis aku jajah...sampai laa aku ke Padang Besar bersama rombongan keluarga En Sham...huhu~ apa yang boleh aku ungkapkan:-

"penaT + sakiT kaki + sakiT badan + sakiT Otak"
VS
"harga gift & bunga telur yg berpatutan + kebahagiaan yg maksimum"

so, berbaloi2 gak laa aku gi sanakan...selain dapat berjumpa dengan si jantung ati, leh bertumbuk2 sume...dapat gak aku settlekan barangan2 untuk wedding aku nanti...penat tue tuhan jee yang tau...dalam 4hari tue, aku leh kira bape jam jee aku dok kat umah, tolak mase tido sume...mase tido aku pun xcukup seperti biasa...disebabkan masing2 jauh, kena laa manfaat masa yang ada sebaik mungkin...

6 Mei 2010 - aku gerak dari KL ke Shah Alam dalam kul 8.30 pagi...sebelum tue, aku mencari sarapan untuk budak2 yang akan escot aku nanti...Dekda, irah n ajmie, sebagai penemanku sepanjang perjalanan...gerak dari Shah Alam dalam kul 10.40pagi...aku sampai ke Kedah dalam kul 3.30petang...Sham cakap aku bawa kete laju sangat, cepat sgt sampai...petang tue aku kuar ngan Sham jap, niat dihati nak g tgk wayang...huhu~ dah alang2 jumpa buah hati...nak laa dating jap...tp Kedah nie lain sikit...cuti umum adalah hari jumaat n sabtu...manakala setiap hari khamis lak, sume pusat hiburan akan berhenti operasi mulai jam 6petang...hurmmm~ so, kompem2 laa aku xdapat tgk wayang ritu kan...hampa jap aku, kitaorang pun balik jee laa...



7 Mei 2010 - hari nie Sham, Mak Sue n Mak Tam plan nak g survey barang kawen kat Padang Besar...aku pun excited cos xpenah pegi...Puan Sai aku pun cakap sana murah...if murah n menarik seperti yang digambar gemburkan, aku nak settlekan sume barangan yang xcukup lagi kat sana jee...perjalanan yang sangat jauh n memenatkan cos Padang Besar nie sempadan ngan Thailand...




sampai jee kat Padang Besar, kitaorang berpecah jap cos ada yang nak shopping untuk family, untuk anak2 n aku, for sure laa dok mencari barangan perkahwinan...ape yang aku nak cari ialah bunga telur, doorgift, goodies beg n kad kahwin...tp ape yang aku dapati ialah harga yang melampau2...siyes, giler laa mahal...bagi sesape yang belum datang lagi, xpayah laa buang mase n duit minyak anda...tp aku tetap xbalik dengan tangan kosong...aku still beli gak laa doorgift kat sana...walaupun kat Alor Setar pun ada n sama jee harga die...cume kat sana banyak pilihan gak laa...


8 Mei 2010 - rini sepatutnya aku ke Penang untuk menempah n mengukur baju majlis pihak lelaki...tp xdapat cos semalamnya untie tue ckp kedai die tutup...hangin gak laa sham...dari jauh aku datang cos nak amik ukuran badan tp xjadi lak...xpe laa, bende dah nak jadi nak wat mcm mane...sudahnya aku just tinggalkan baju kurung moden aku sebagai ukuran...klu agak2 xsedap nanti, leh suh die kasi adjust2...

untuk hari tue, aku kuar berdua jee ngan sham...ke sana, situ n sinun...mencari dan terus mencari...akhirnya dapat gak laa bunga telur...walaupun design yang berbeza, tp warna yang sama...cos kedua bunga telur itu adalah box yang terakhir...time aku nak amik bunga telur tue, aku tgk ada sorang minah nie dok perhatikan kitaorg ngan bunga telur tue mcm berminat nak amik gak...aku dengan pantasnya cepat2 aku suh sham amik...huhu~ puas hati aku...kepenatan yang berbaloi2...lepas berjaya mencari bunga telur, kitaorang pun layan muvie at Jitra Mall cite Iron Man...layannnn~

9 Mei 2010 - pagi tue dah nak balik KL dah, tp ingat nak singgah ke Pekan Rabu jap cos dok asyik shopping barang sendiri sampai terlupa barang yang Mak Teh pesan...sham lak x gi keje, die laa yang dok bawa aku ke Pekan Rabu...lepas shopping2 sume, sham bawa aku ke Penang, umah Cik Jaq...aku pun OK jee cos satu jalan jee pun...sesi sembang2 n makan2...aku pun gerak ke KL dalam kul 4.30petang...

"kEpenaTan yaNg bErbaLOii2" ;)

Wednesday, May 5, 2010

rEzki kaHwin...aLhamdulillah~

kebanyakkan orang yang baru ingin memasang angan2 untuk berkahwin atau yang sedang membuat persediaan perkahwinan selalunya akan risau tentang perbelanjaan perkahwinan...begitu juga aku...melainkan orang tue anak orang berada, duit bukan laa masalah baginya...

tapi bagi aku, setiap perkara yang baik...tuhan menjanjikan perkara yang baik juga untuknya...aku syukur, dalam keadaan bersusah payah membuat persediaan perkahwinan hadir insan yang sangat baik hati n bermurah hati untuk membantu aku...walaupun tiada ikatan istimewa antara kitaorang...

"Terima Kasih Puan Saidatul"

hanya ungkapan itu yang mampu aku lafazkan...terharu aku atas kebaikkan yang diberikan kepada aku...akan aku ingat n kenang sampai bile2 segala kebaikkannya kepada aku...kata2nya mampu menitiskan airmata aku...

"awak baik sangat pada saya sue, ape yang saya buat nie hanya bantuan kecil jee"

adusss~ ape laa sgt bantuan aku klu nak dibandingkan dengan pertolongannya...ape pun, aku tetap syukur sesangat...mungkin ini rezki kahwin kata orang...semakin murah rezeki aku...alhamdulillah~

apa yang Puan Sai belikan lagi untuk aku yee...urmmm~ percaya atau x, Pn Sai tue g shopping kat Sogo tue untuk aku semata2 jee...sape laa aku baginya...bukan anaknya pun...tp tue laa org kate, bile kite ikhlas berkawan n ikhlas buat baik pd org, orang tue pun nampak keikhlasan kite...

balik pd citer tadi, apa yang Pn Sai belikan...die belikan 15 dulang hantaran untuk aku...tp aku just nak pinjam jee...lepas kahwin, aku akan pulangkan balik...then, die belikan cadar n comforter set...pastu ada lagi alas dulang yang bahagian atasnya lak...macam2 Puan Sai nie, die lak yang excited...aku menerima dengan hati yang terbuka lagi berbunga2...huhuhu~


dalam pale aku nie dah berlegar2 gift ape yang patut aku bagi pada Puan Sai nie...gift lain dr yang lain gift dari aku n sham...harga die pun kena lain gak laa, special sikit...huuuuu~

Sunday, May 2, 2010

kUrsus Pra pERkaHwiNan aT PKPi, Medan Mara

1 &2 Mei 2010 (Sabtu & Ahad)

sebelum nak menghadiri kursus, aku jadi liat sesangat...urmmm~ malasnye nak pegi kursus...ditambah lagi bile ramai kengkawan aku cakap, bosan giler...ko mesti mengantuk laa...so, sebelum mendaftarkan diri ke kursus berkenaan, aku dah ready siap2 asam ngan gule2 for preparation klu2 aku tertido kee nanti...dah laa semalaman aku xtido, dok tolong akak aku wat hantaran abang aku + sembang2 lagi...sudahnya jam dah kul 6pagi..aku sempat tido kul 8 sampai 11 pagi jee...adehhhh~ rasenye kelopak mata aku nie terbuka dalam 0.3541682 inchi jee... =(

peserta baru masuk, cepat2 snap gambar...cos gambaran sebenar ialah sume tempat duduk adalah penuh...

pendaftaran pada pukul 2 petang...aku ditemani oleh kawanku, ina...nasib baik die nak temankan aku g kursus nie...yee laa, berguna gak untuk die nanti kan...klu die x pegi skang, akan datang die tetap kena pegi jugak...lagi laa, kena dok sorang2...klu g ngan pasangan, bukannye leh dok same2 pun...naseb baik aku ada...huuu~ ;p

sepanjang penceramahan, aku rase lain sangat daripada sumber2 yang aku dengar dari kengkawan lain...bosan laa, mengantuk laa, x best n macam2 laa...so, pada awalnya aku pergi mcm orang kena paksa rela jee...tp bile dah pegi, siyes rase mcm nak menuntut ilmu lebih lak ngan penceramah2 disitu...

ingin aku maklumkan disini, mane2 tempat kursus adalah sama...topik n pengajarannya juga adalah sama serta bayarannya...yang menjadi kelainan bg kursus tersebut adalah melalui penceramah yang dibayar untuk berceramah...bagaimana keberkesanan penceramahan tersebut untuk menarik minat peserta bagi memberi sepenuhnya tumpuan mereka...itu yang paling penting bagi aku...

bagi sesiapa yang belum mengambil lagi sijil Pra Perakahwinan, aku mencadangkan agar korang amik laa kursus di PKPi, Medan Mara nie...serius, korang akan enjoy, happy, n rasekan masa2 korang selama 2hari berkursus tue sgt berbaloi...aku bukan dibayar untuk membuat promosi murahan untk PKPi yee...aku hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman yang dah aku lalui sahaja...

penceramah2 yang dijemput bukanlah calang2 orang...penceramah yang syok sendiri kee...die wat lawak, die sendiri gelak kee...bukan yee...kebanyakkan penceramah mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang tersebut...ada diantara penceramah yang selalu dipanggil untuk memberi ceramah di Forum Perdana, Al-Kuliyah dll...dieorang tau mcm mane nak interaksi dengan peserta n mengambil minat peserta supaya tidak bosan...dengan lawaknya yang mengalahkan Nabil pun yee...

dengan bayaran hanya RM80 n mendapat ilmu yang sangat manfaat...serta pembelajaran yang sgt menyeronokkan, aku rase sgt berbaloi2...

so, Tepuk Dada Tanya Laa Selera k...

Saturday, May 1, 2010

PinangaN yaNg mEngejuT..!!

adesss~ abang aku betul2 wat keje giler bile 4hari yang lalu memberitahu akak aku yang minta untuk menghantar rombongan meminang buah hatinya dalam minggu nie atau minggu depan...memandangkan kereta aku akan diguna pakai oleh keluargaku, terpaksa laa akak aku meminta kebenaran untuk meminjamnya...disebabkan minggu depan aku akan ke Kedah n dah pun apply cuti, nak xnak terpaksa laa keluarga aku pergi meminang dalam minggu nie jugak...

bile wat keje last2 minit...mane nak cari sume bendanya...dengan dulang, alas dulang, tepak sirih n lain2...aku tolong setakat mane yang mampu n ada...abang aku nie pun...nak marah pun yee, wat satu bende bukannye nak berbincang dengan keluarga dulu...n nak xnak, terpaksa laa die mengeluarkan duit untuk membeli pape keperluan yang patut sekadar untuk mengikut adat...xkan nak datang meminang masing2 bawa badan n perut jee kot... ;p so, akak aku yang banyak memainkan peranan n menyelamatkan keadaan cos dia lebih berpengalaman n kreatif gak laa...bershopping laa dua beradik tue ke sana sini...yang pastinya keuntungan tue akan lebih pada aku...ahakss~ mana x nya, terpaksa laa dieorang membeli dulang n keperluan2 lain yang aku boleh tumpang sekaki nanti...dalam hati aku tersenyum panjang, jimat aku...huhu~


apepun, aku agak kagum ngan akak aku...mampu membuat bajet n siapkan hantar yang cantik n simple dalam mase yang sekejap jee...sumenya cukup, xdee yang terkurang atau terlebih...siyes, aku sgt kagum...dalam masa sehari jee sume settle...ye laa, abang aku tue lelaki...beza laa klu kt di pihak perempuan...memang beza sesangat...mcm2 nak kena bajet...untuk persiapan n perhiasan diri, dengan hantaran lagi...pastu rombongan lelaki akan datang umah, xkan xnak menghias rumah...santapan untuk rombongan mesti laa nak disediakan...sume tue perlu diambil kira...beza sangat keperluan lelaki n perempuan...so, jangan laa ada lelaki diluar sana yang banyak sangat merungut yee dalam hal2 mcm nie...kena paham part orang perempuan gak...duit tue dah kompem2 diperlukan...komitmen kaum keluarga sgt penting cos ini adalah meeting penyatuan dua hati untuk mendapatkan kata sepakat kedua-dua pihak keluarga...


esok pagi berlepas laa mereka ke Terengganu...kaum keluarga aku yang pergi ialah mak ayah aku, akak n abg ipar, serta abg yen n akak ipar aku...xlupa gak ngan si acap, anak akak aku...xmungkin die akan ditinggalkan...aku xdapat pergi cos aku ada kursus kawen sabtu n ahad nie...minggu depan aku dah nak ke Kedah untuk settlekan beberapa part kat sana lak...minggu lg satu lak for sure aku bz nak mengemas 1umah untuk majlis pertunangan aku...so, mase2 yang ada nie perlu aku gunakan sebaik mungkin cos MASA itu adalah EMAS...hahaha~ baru skang aku nak gune istilah tue...

so, ingat yee sue
MASA itu adalah EMAS... ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...